Saturday, July 31, 2010

Idea Jamban

Dah 5 hari aku masuk rumah baru, di Seksyen 19 PJ. Dan dah beberapa hari jugak lah blog aku ni tak di-update. Takde ilham. Serius.

Kepala otak aku hanya dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran bertahap fasal-sampah, jika sekiranya aku nukilkan kat sini, akan bisa buat korang rasa menyampah nak muntah.

Aku cuba mencari punca.

Fikir.

Termenung.

Main FB.

Kecewa budak pempuan dalam FB sombong.

 

 

Tiba-tiba aku sedar akan sesuatu.

Rupanya selama ini aku mendapat ilham yang indah untuk menulis blog, hanyalah di satu tempat. Ya. Hanya di situ sahaja, idea yang cantik timbul, dan kemudian aku kongsikan kepada korang.

Korang nak tau?

Pastikan jangan muntah.

 

Kat jamban. Jamban rumah aku. Hanya di rumah aku.

Serius. Tempat lain aku tak dapat ilham macam mana time aku “melabur” kat jamban rumah aku.

Kat jamban rumah baru ni pun aku tak pernah dapat ilham lagi. Mungkin sebab sini jamban duduk, rumah aku punya jamban cangkung.

Haha, maaf, jika korang rasa aku telah meng-insepsi idea busuk ke dalam akal minda korang.

 

Apa boleh buat, dah masa aku sedang berada dalam posisi mencangkung tahan nafas dan meneram telah merangsang neuron-neuron aku untuk aktif.

 

Ilham datang jangan dibuang. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails