Friday, July 23, 2010

Farewell Party di Mid Valley dan Review INSEPSI (INCEPTION)

Semalam pergi enjoy di Mid Valley, meraikan junior sekolah aku yang pernah menjadi dorm-mate aku, juga posmen aku (haha), yang akan berangkat ke Mesir, disertai teman-teman se-PASUM dia. Budak PASUM yang comel dan kacak ;D


Perlukah aku cerita semua? Tiada apa, hanya aktiviti biasa bila remaja keluar ke Mid, pergi tanpa arah tuju, sampai sana baru terpinga-pinga nak buat apa, makan kat mana, lepas tu nak buat apa. Akhirnya, lawatan ke Mid dihabiskan di pusat boling, disertai sedikit kudapan alas perut daripada Burger King dan Big Apple.


Sedikit luah rasa marah : sape makan burger blackpepper aku semalam? Huh!


Kemudian jam 11, habis permainan boling, daripada 9 orang pemain, hanya 2 strike dihasilkan, pada penghujung perlawanan, itupun oleh aku. *bangga* Aku dah tahu, bola keramat aku adalah bola saiz 12. Lain kali main mesti tip-top punyalah.


Budak-budak Asasi balik ke UM, pagi ada kelas, aku dan junior aku still kat Mid, layan mid-nite muvee.


Cerita kami tonton?Sudah pasti cerita terbaik minggu ini : INCEPTION.







Sebelum aku tonton cerita ni, hanya ada 2 jenis review yang aku jumpa pasal cerita ni,
1- orang yang kutuk cerita ni sebab susah nak faham sampai tertido dalam panggung,
2- orang yang puji melambung cerita ni sampai cakap nak tengok lagi sebab ia terlalu superb!


Aku pulak, dengan rasminya memasukkan diri aku ke dalam kelompok ke-2.


Bila dipikirkan, cerita INCEPTION hanyalah cerita yang klise, di mana ko menonton satu cerita yang sangat gempak jalan penceritaannya, dengan segala macam aksi menggugah emosi dan mental, tapi akhirnya ko dikecewakan apabila si hero terjaga dan itu semua hanya mimpi.


Tapi INCEPTION berjaya mengubah klise itu dengan menghasilkan mimpi yang amat berbaloi untuk ditonton. Si hero bermimpi, atau secara realitinya si hero itu memang berkuasa untuk menerobos ke alam mimpi, itu aku tak tahu. Kesimpulan itu milik penonton.


INCEPTION adalah kisah tentang manusia istimewa, yang mampu menerobos ke alam mimpi, mencipta dunia di alam mimpi, serta boleh mencuri maklumat atau memasukkan idea ke dalam kepala otak si pemimpi dengan mencipta satu cerita untuk mempengaruhi minda bawah sedar pemimpi, maka apabila ia sedar, mindanya akan di-set dengan satu idea yang telah di-insepsi oleh penerobos mimpi (extractor) itu.


Hendek memasukkan idea, adalah lebih payah daripada mencuri idea.Dan dalam alam mimpi, si penerobos mimpi boleh mencipta lagi alam mimpi, iaitu mimpi dalam mimpi, dan boleh bermimpi lagi, mimpi dalam mimpi dalam mimpi, dan boleh masuk lebih dalam lagi. Cuma risikonya, lebih dalam si pemimpi masuk ke alam separa sedar, lebih sukar untuk kembali ke alam realiti.


Kadang-kadang si penerobos mimpi boleh terperangkap dalam alam mimpi (situasi ini dipanggil LIMBO -kecelaruan minda) dan merasakan seperti berada dalam alam itu bertahun-tahun lamanya, kerana jangka masa dalam alam mimpi adalah lebih pantas berlalu, 5 minit di alam nyata, seminggu di alam mimpi. Dan jika terlalu lama terperangkap dalam mimpi, maka akal minda mungkin akan terkeliru antara realiti dan mimpi, dan berisiko untuk menjadi gila.


Ah, aku tidak ingin spoil. Korang tengoklah sendiri, dan kategorikanlah diri korang dalam kelompok yang mana satu.


Cuma nak sambung sikit lagi, aku balik ke UM pada jam 3, dan tidur di bilik junior aku itu di kolej 12.


Bangun pagi, aku tak boleh tidur. Lebih teruk lagi, aku merasakan bagaikan otak aku telah di-insepsi dengan satu idea, yang telah merebak macam virus. Aku jadi ingat-ingat padanya. Kata mudah, aku rindukan dia.


Siapa dia? Hahaha.


Perlukah aku cakap?


Oh, crap!



p/s: INCEPTION aku bagi 4 bintang, atas kecerdikan ceritanya.

p/p/s: jika kamu berjalan di tepi jalan, dan bertemu dengan orang asing tapi berasa macam kenal ah, berhati-hati kerana di mungkin si extractor yang telah membuat sesuatu dalam mimpi kamu :D

4 comments:

  1. de tringt ko zati uh. cpt2 la ejah

    ReplyDelete
  2. hahaha.

    inception aku itu rahsia aku....

    ape da nak gosip2 nih, x layan da...

    ReplyDelete
  3. saya sudah tengok,dan saya terletak dalam kategori no.2 :)

    mula-mula memang susah nak faham,tapi lama-lama,memang best!

    ReplyDelete
  4. best kan? citer ye style giler, aku paling suker time part van jatuh dari jambatan uh, pastu dalam 2nd layer mimpi dunia jadi takde graviti..haha...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails