Monday, July 12, 2010

Menggembirakan Hati yang Cuak Menanti Hari Esok yang Masih Tak Tahu ke Mana Arahnya

Aku nak tunggu final world cup, nak menyertai warga dunia meraikan malam akhir ini, sebelum berjumpa lagi di Brazil 4 tahun lagi. So, untuk elakkan mengantuk, maka aku nak menulis. Aku rasa malam ni aku nak menulis stail Che Guevara Det lah. Pakai nombor. Tapi bahasa still bahasa supermarket aku lah kan?

1. Hari ini aku gembira. Gembira sebab aku punya post pasal AUKU hari tu mendapat liputan meluas di Facebook. Tak sangka tulisan dengan gaya bahasa konfem gagal SPM aku tu boleh dikatakan kool oleh mereka-mereka. Terima kasih kerana menghargai.

poyo3

“Rumusan yang kool pasal lecture AUKU Azmi Sharom semalam oleh budak UM yang kool Abu Ubaidah Amir” – Fahmi Reza. TQ bro, ko tetap lagi kool dari aku. Hahah.

poyo2

myPopIN – aku selalu baca post-post yang kool yang diorang update kat wall diorang, tapi semalam aku punya post yang aku nampak di-update. TQ PopIN :)

poyo

Saya Anak Bangsa Malaysia – Badan bebas yang menyebarkan idea anti-rasis ke seluruh negara, tapi bukan ala-ala 1Malaysia. T-shirt diorang kool, mintak satu boleh? :)

poyo4

Dan UM-Today, akhbar online “bebas'” ciptaan makhluk UM sendiri. Tapi last aku cek petang tadi dah kena remove. Mungkin diorang nak edit bahasa pasar aku kot? Entah. Apapun, thanks sebab sempat jugak aku femes kat blog korang.

2. Ada dua sebab kenapa aku gembira bila ramai orang baca tulisan aku. Pertama, aku gembira sebab idea tentang AUKU itu dapat disebarkan. Semoga korang-korang yang sebelum ni hanya tahu melaung-laung slogan dalam demonstrasi, akan faham apa maksud di sebalik slogan itu.

3.Aku sengaja menulis secara bahasa supermarket, sebab dah terlalu banyak rujukan skema ko boleh dapat kat luar sana, dan aku tahu korang mesti tak baca yang skema tu, sebab bosan. Mana aku tau? Sebab aku pun malas nak baca. Gembira sebab tulisan aku dikatakan senang difahami, dan kool. *gelak hidung tinggi*

4.Kedua, aku gembira sebab dengan perkongsian semula yang dibuat oleh Fahmi Reza, PopIN, SABM, dan UM-Today telah meningkatkan trafik ke blog aku. Selaku seorang blogger yang menjadikan income melalui blog sebagai salah satu motivasi untuk terus menulis, maka kehadiran ramai pembaca unik amat menggembirakan hati aku.

5.Aku mengaku, memang aku ber-blog kerana wang. Apa boleh buat, aku dah dilahirkan di era ini, di mana duit hampir menaungi segala-galanya, nak tak nak kalau aku nak hidup aku kena jadi manusia ber-wang (beruang?). Maka kawan-kawan, kalau tatkala kamu masuk ke blog aku dan lihat iklan nuffnang sedang hidup berkelip-kelip, janganlah malu tolong klik ya. Aku nak jadi manusia beruang.

6.Tapi jangan risau. Walaupun aku ber-blog sebab wang, dan aku ini blogger picisan, tapi aku sendiri ada etika dalam menulis. (Etika berbahasa tak termasuk OK?) Aku takkan jadi seperti sesetengah blogger-blogger yang dah lah picisan, tulis pulak entri sampah-sampah belaka, semata-mata nak tarik perhatian pengunjung.

7.Isu-isu gosip artis, tajuk-tajuk hype seperti aksi lucah etc-etc-etc, apekah itu semua? Tahu la cari makan melalui blog, tapi takkanlah bagi sampah untuk pembaca blog kau makan? At least cubalah kongsi sesuatu untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Nanti esok-esok kau ada anak, kau nak diorang tinggal kat dunia yang aman damai bukan? Paling koman pun tulislah tentang diri kamu, aku suka baca. Aku dapat rasa jika kamu jujur. Dan aku suka.

8.Baru pukul 12 suku. Dah habis modal. Esok aku akan pergi UM dengan status sebagai ….Aku pun tak tahu apa status aku. SKR punya kerjalah ni (padahal dorang tak buat keje pon), aku tak tahu kat mana letak aku sekarang. Siap ko esok aku pegi gegar engkau.

9.Dah nak tutup. Selamat meraikan kemenangan siapa saja yang bakal menang piala dunia nanti. Aku harap aku dapat terus segar untuk turut menonton sama.

10.Sekian.

11.p/s: soalan, adakah korang rasa fenomena vuvuzela akan mati dengan tamatnya world cup ini?

12.p/p/s:Tulisan aku ada gaya Che Guevara Det tak? :)

13.p/p/p/s: tolonglah komen. Ia membuatkan aku riak bertambah semangat untuk terus menulis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails