Wednesday, July 21, 2010

“Tanya Tuhan pun Tuhan Tak Tahu Woooo”

image

Petang tadi lebih kurang pukul 5, aku macam biasa, menjalani rutin hairan harian balik rumah kat Setapak naik LRT Aliran Kelana Jaya. Masa kat Pasar Seni, masuk dua orang pasangan, sorang auntie, sorang uncle, nampak macam laki bini, tapi dari cara diorang borak, aku agak dorang rakan sekerja.

Muka dua-dua macam cina, tapi yang auntie tu cakap Melayu, walopun ade jugak pelat Cina. Pakcik tu aku konfem Cina, tapi dia layan la makcik tu cakap Melayu. Aku tak pasang telinga ok, diorang yang berdiri belakang aku, so aku dengarlah apa diorang borak.

Makcik tu meluah rasa kecewa sebab katanya pada hari sebelum, disebabkan hujan lebat, dia sampai rumah lambat, hampir jam 8 malam. Puncanya adalah perkhidmatan komuter yang telah tertangguh.

Banyak sungguh makcik tu mengadu. Katanya kadang-kadang kalau dah menunggu komuter tu, mula-mula diorang umum, tren akan tiba 10 minit lagi. Bila sampai 10 minit, keluar pengumuman baru, tren telah delay, sampai lewat 30 minit. Bila dah tunggu 30 minit tu, orang pun dah jadi macam sardin, bila tren betul-betul sampai, berebut-rebut nak naik, akhirnya tak dapat naik, tunggu lagi 30 minit, itupun kalo nasib baik tren tak delay.

Pakcik tu dengar, le[as tu dia pun bagi komen.

“Haiya itu komuter memang talak bole pecaya. Kalau tanya sama Tuhan, Tuhan pun tak tahu bila tren sampai woo.”

Sekian.

 

p/s: dengar je pakcik tu cakap macam tu, aku bantai gelak, auntie tu pun sengih je tengok aku. Melampau giler analogi pakcik tu, nak gambarkan betapa komuter punye servis tu memang siput ar. Nasib baik aku naik LRT. Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails