Wednesday, July 7, 2010

Aku Nak Main Bola!

nota: ini bukan entri sempena semangat 1Bola 1Malaysia 1Dunia.


 Kalau korang imbas balik dalam hidup korang, korang rasa apa benda yang korang pernah buat/tak pernah buat dulu yang masih meninggalkan bekas dalam hidup korang sampai hari ni?

Kalo aku, ada satu benda, yang aku rasa aku telah gagal dan sampai hari ni benda tu masih mempengaruhi hidup aku.

Aku tak pernah belajar main bola sampai pandai.

Dan sekarang aku menyesal ada sedikit terkilan la :(.

Main bola pun kena belajar ka? Bukan bakat je? Hoho, macam ah korang dulu lahir-lahir terus pandai main bola kan?

Ada 2 sebab kenapa aku rasa hidup aku sekarang akan jadi lebih best kalo aku terer main bola.

1- Bola ialah bahasa universal.

Tak payah nak cakap lah, satu dunia tahu apa itu bola, dan cammaner nak main bola. Dan bagi insan-insan bertuah yang telah berpeluang menguasai skil main bola ni, aku rasa korang dah memiliki satu aset untuk korang hidup kat mana-mana saja negara atas planet bumi ni.

Korang tak perlu reti berbahasa, tapi korang akan mampu membina jaringan persahabatan dengan sesiapa saja yang reti main bola, kalo korang pun terer main bola. Dan disebabkan manusia ialah "haiwan sosial" yang perlu bersosial untuk meneruskan kemandirian spesies mereka, maka menjalinkan hubungan dengan manusia lain adalah amat penting dalam hidup.

Seperti yang telah aku kisahkan dalam entri Tentang Aku, aku berpindah ke KL lepas habis SPM. Dan pada usia remaja tua begini, aku memerlukan rakan-rakan sebagai keperluan asasi aku selaku manusia. Tapi jujur cakap, kat sini aku tiada teman baik. Setakat kenal orang-orang kat bawah ni ramai la, tapi aku perlukan kawan. Bukan jiran yang hanya akan angkat kening bila berselisih di tepi koridor, tapi kawan yang boleh aku ajak untuk sama-sama mencipta memori gila di usia remaja.

Dan kat sini ada 2 cara ko boleh dapat kawan, satu, ko pergi surau, dua, ko pergi turun padang main bola. Ataupun gelanggang sepak takraw yang dorang buat main futsal belakang blok tu.

Pergi surau, kawan ngan pakcik-pakcik la der. Budak-budak pun ada, tapi budak-budak lah! Remaja belia muda remaja macam aku, ada jugak, tapi still macam kurang je. Aku tak rasa mereka anggap aku macam kawan diorang, yang akan diorang kontek untuk bersuka-ria sebab aku pun tak rasa akan kontek diorang bila aku nak bersuka-ria.

imej di"curi" daripada kura-kura. Klik sini untuk lebih banyak karya menarik :)

So, pilihan ke-2, bermain bola. Damn. Aku fail. Kaki aku ni bukan bangku dah, mungkin meja atau kaki almari. Bukan aku tak pernah main bola, tapi ye ah, aku tak sempat terer sebelum aku berhenti. Seingat aku masa kat sekolah sains dulu kot last time aku main. Tu pun tak sempat terer gak.

Dalam usia begini, aku kadang-kadang jeles jugak dengan kanak-kanak. Diorang tak kisah diorang kaki bangku ke, meja kerusi almari ke, diorang redah jek. Sebab diorang tak kisah. Tapi bagi remaja separuh umur cam aku ni, perasaan macam malu, cover macho, bajet hensem, poyo, dan segala macam lagi yang disebabkan oleh hormon tertosteron tu telah menyebabkan aku sering berfikir 68 kali sebelum membuat sesuatu yang aku rasakan akan membawa kemaluan yang besar kepada diri.

Selalunya aku akan memilih untuk tidak buat. Selamat.

Dan akhirnya, aku hanya melepak di tepi gelanggang setiap kali diorang main bola. Diorang kenal aku sebagai penonton setia. Tapi itu tak cukup untuk mewujudkan ikatan silaturrahim kawan-kawan. Ko kena masuk gelanggang pegi terjah kaki diorang sedas, rembes peluh kat muke, sama-sama mengutuk menghina mencaci, bersorak ketika gol dijaringkan (atau kat sini gol di-tong-kan sebab diorang letak tong plastik), juga ketika sama-sama kecewa apabila dikalahkan.

That's friendship, dan teenage life yang aku rasa aku telah hilang sikit la.

Kesimpulannya, nanti aku ada anak esok-esok (ceh haha) aku akan menggalakkan mereka untuk menjalani kehidupan remaja dengan penuh keriangan dan kegirangan, dipenuhi rakan-rakan yang sehati sejiwa. Belajar? Buat apa belajar pandai-pandai result tinggi tapi bila tiba cuti sem, ko jadi insan kesepian, cam aku? *sigh*

Bermain dan berkawan membentuk peribadi, dan dengan peribadi lah ko jadi sumbadi.

Sebab ke-2 kenapa aku rasa hidup aku lagi best kalo aku reti main bola ialah,

aku takkan gemuk cam skang!!!

-habis!-



p/s: minggu depan bukak sem baru, aku harap aku takkan sepi lagi dah :)

p/p/s: semalam pegi KLCC, aku timbang berat badan dah jadi 74kg, 6 kg kurang lam sebulan. Rahsianya? Baca sini. :)

6 comments:

  1. woow~~tahniah2 dpt kurgkan brt badan..^_^
    x smestinye playing futball yg leh kruskan badan..cube try tenis ke..uhu.gudluck2

    ReplyDelete
  2. hoho. sebenarnya aku mmg ade sumthing pon untuk keperluan jasad aku ni, nanti aku citer. jeng jeng jeng.

    ReplyDelete
  3. oh i've got fever. haha.

    i hope germany will win, coz dun want to see more people to believe in that stupid squid! hoho

    ReplyDelete
  4. aah that squid thingy is funny okay!!

    ReplyDelete
  5. aku tak kisah sotong tu lucu ke x, tapi bila tengok makin ramai Muslim yang macam pecaye dekat sotong tu, tu yg bikin aku risau.

    not to be extremist or what, tapi soal aqidah ni bukan benda yg boleh buat main-main, walopun alasan hanya untuk suka-suka.

    sama macam lafaz cerai, jika dilafazkan tanpa niat pun dikira sah, sama lah macam aqidah ni. kadang2 tanpa disedari kita merosakkan aqidah sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails