Monday, July 19, 2010

Soalan Bangang Untuk Ditanya

Tadi masa aku bosan giler nak tunggu turn aku kat pos ofis, nak bayar bil api, macam-macam benda datang kat otak aku. Entah nape, otak aku kuat jer berlari hari ni.

Melamun-lamun, lalu dapatlah ilham untuk menulis.

Dalam hidup ni, ada banyak benda yang aku rasa macam bangang giler babi kalo korang cuba mempersoalkan.

Antaranya perihal bangsa.

Kalo ko bertanya pada pejuang UMNO dan PERKASA, kenapa mereka memperjuangkan nasib Melayu? So mungkin antara jawapan termudah akan diberi ialah sebab mereka Melayu-lah! Kalau bukan Melayu nak bela melayu, sape lagi?

Dan cuba bertanya kembali, kenapa ko jadi Melayu? Kenapa aku pun Melayu?

Itu adalah soalan terbangang kot untuk ditanya, kecuali ko mampu berbicara dengan Tuhan, baru kau layak bertanya soalan itu. Semua itu adalah di luar kuasa kita selaku manusia biasa. Kita langsung tiada kuasa memilih nak berada dalam perut mak bapak berbangsa apa.

Tapi kenapa kita nak bergadoh berdebat pasal hal itu?

Macam mana kalo Ibrahim Ali itu ditakdirkan lahir dari perut orang Cina? Adakah ngko akan bersetuju dengan apa yang ko dah buat sekarang ini?

Aku tak tuju kepada bangsa aku semata-mata, tapi kepada semua manusia yang mempunyai perasaan rasis dalam hati. Selagi mana rasa rasis dan prejudis terhadap orang lain itu bersarang dalam diri ngko, selagi itulah dunia ini takkan selamat untuk anak cucu ngko.

Kononnya ko berjuang untuk nasib generasi akan datang, tapi kalau benar ko ikhlas nak mewujudkan dunia yang lebih aman untuk anak cucu ngko, maka apa yang ko perlu perjuangkan bukanlah untuk membela nasib bangsa ko sahaja, tapi belalah nasib manusia.

Pandanglah semua manusia sebagai manusia, sebab memang kita ini manusia.

Berjuanglah untuk membuang rasa prejudis dalam diri setiap makhluk homo-sapien ini, bukan dengan mempertahankan hak kaum ngko untuk terus di-hasad dengki oleh orang lain.  Selagi mana ko bicara pasal hak bangsa ngko, selagi itu akan ada orang dari bangsa lain akan cuba mencuri hak ngko itu, dan ini takkan habis.

Aku tulis untuk semua manusia, bukan bangsa itu atau ini. Kerana aku percaya jika kamu rasis, bukan sebab kamu bangsa itu atau ini, tapi kerana kamu sendiri adalah manusia berhati busuk.

Dan aku juga percaya, akan ada sekelompok daripada setiap bangsa di dunia ini, yang akan sentiasa berjuang untuk menyatukan kita semua selaku manusia.

Say no to racism.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails