Saturday, July 24, 2010

Hari Sabtu yang Sejuk!

Hari ni hari sabtu.

Dan hari sabtu ini akan menjadi sangat sejuk sebab akan ada banyak giler baboon event-event yang kool.

Dan aku nak pegi, kalo boleh semua. Tapi apekan daya, banyak program clash, so terpaksa memilih ah!

Ok memula aku nak pegi sini.

image

Youth Gathering anjuran Amnesty International

Buat kat Annexe Gallery, Pasar Seni, jam 12 sampai 4 petang.

Nak jumpa kawan-kawan yang sempoi + best giler. Jumpa korang yeah!

image

Movie Screening: THE HANGING OF ATEFEH RAJIBI

Juga anjuran Amnesty, diadakan sejurus lepas Youth Gathering itu. Satu tayangan dokumentari pasal kisah di sebalik hukuman gantung ke atas Atefeh Rajibi, seorang remaja Iran berumur 16 tahun ketika dihukum, namun hakim telah membuat satu pengadilan pelik apabila mengatakan dia berumur 22 tahun dengan hanya melihat pada fizikal. Media juga telah mengeluarkan statement yang sama.

Satu kisah tragis, dari beribu-ribu lagi kisah tragis tentang pencabulan hak asasi manusia di dunia ini.

Oh, juga akan diadakan diskusi tentang filem ini dengan lawyers dan di-moderate oleh Faisal Mustafa.

image

Tayangan rakaman PEMENTASAN TANDA

Pernah dengar pasal teater TANDA? Teater ini pernah bikin panas pada beberapa bulan lalu sehingga Nam Ron sang pengarah telah di-interview oleh Melodi. Hal nya kerana pihak ASWARA tiba-tiba tidak membenarkan teater ini dilakonkan setelah beberapa malam berjalan dengan aman.

Juga di Annexe Gallery, Central Market, jam 4, selepas tayangan dokumentari Atefeh Rajibi.

kopipes daripada Fesbuk Event:

Pementasan tersebut pernah diadakan di ASWARA dan kemudiannya dipentaskan semula di PJLA atas keengganan pihak ASWARA meneruskan pementasan tersebut.

Selepas tayangan, pengarah-pengarah akan turut serta dalam sessi soal-jawab.
Pengarah:
...
Nam Ron (Artistik)
Khairunadzwan Rodzy
Yusman Mokhtar
Amar Asyraf
Aishah Hoo
Fared Ayam

Majlis ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Noris & The Bliss.
MASUK PERCUMA
DVD 9 dan CD bunyi runut asli TANDA juga ada dijual.

image

Siri Baca Akustika 1 - 28 Hari: Jurnal Rock n' Roll

OK sekarang aku keliru nak pergi yang mana satu. Hajat di hati nak jugak pergi sini, sebab ada BEEHA :D. Tapi sebab event ni kat suatu tempat lain, dan diadakan pada masa yang sama dengan Tayangan Pementasan Tanda, maka aku memilih untuk stay di Annexe sahaja.

Kalo Beeha baca, maaf. Huhu. Nak jugak jumpa kamu, tapi…

Ahad ah, ada lagi kan?

Info di bawah ini kopipes dari Fesbuk Event:

Jam 4, di Silverfish Books, Bangsar. (aku jugak tak tau kat mana)

DARI PENERBIT:

Siri Baca Akustika 1: 28 hari rock n roll akan menampilkan bacaan dan persembahan daripada pemuzik/penulis Mohd Jayzuan, wanita paling berbakat (dan hot) dalam teater moden malaysia, Fazleena Hishammuddin & Fared Ayam, jejaka berkaca mata pembikin filem yang tiada kaitan dengan Ariel, Luna Maya atau Cut Tari, Razaisyam Rashid, kolektif yang mula memecah dinding hegemoni DBP, Jargon, Si Pari2 Kertas, Beeha, dan Keladak, kumpulan gitar rancak yang semakin mencipta nama dengan lagu2 yang bukan dicipta oleh Eddie Hamid...

Ada kudapan, ok, dan air buih-buih yang tak memabukkan (tu yang hangpa nak tau kan?)

Eh kejap, pesal nama Fared Ayam ada kat dedua event ni? Misteri nih!

imageMAHASISWA MENGGUGAT! Dialog Tiga Generasi Aktivis Mahasiswa

Dan malam ini adalah KLIMAKS kepada segala keSEJUKan hari sabtu ini.

Akan ada satu forum pasal ke-aktivis-an mahasiswa yang akan menampilkan otai dan orang muda dalam perjuangan budak U.

Yang ini memang KOOL abes ah! Mesti datang!

Lokasi : CHAI PJ. (sampai sekarang aku tak tahu kat mana tu)

info kopipes dari fesbuk event:

MAHASISWA MENGGUGAT!
Dialog Tiga Generasi Aktivis Mahasiswa

a conversation with Isham Rais, Khairul "Jonah" Anuar & Hilman Idham

...8.30pm, 24 July 2010

Bringing together three prominent student activists of the past and present, this conversation with Isham Rais, Khairul Anuar and Hilman Idham will trace an oral history of student activism in Malaysia post-1969 - looking into the context and politics of the mass student demonstrations at Tasek Utara, Johor and Baling, Kedah in 1974, the Reformasi resurgence of the late 1990s, and the current Pro-Aspirasi / Pro-Mahasiswa divide in our public campuses.

Itu saja.

Malam boleh balik dan tidor dengan aman. Lab repot tak buat lagi. Haha.

Lain-lain event yang kool:

image MALAM SENI TAHAN TANPA BICARA

SEMPENA 50 TAHUN ISA:
MANSUH SAHAJA! TAK PAYAH PINDA!

Malam seni tahan tanpa bicara adalah satu malam untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui lagu, puisi dan sebagainya tentang PENAHANAN TANPA BICARA..

...TARIKH: 24 JULAI 2010

TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA MBPJ, JALAN NURI, SEKSYEN 7, KOTA DAMANSARA

MASA: 8 MALAM

PERSEMBAHAN KHAS DARIPADA:

MEOR & NIK (PENYANYI DAN PENGUBAH LAGU)

RUMAH ANAK TEATER – SHORT EYES

DEKLAMASI PUISI OLEH SDR. HISHAMUDDIN RAIS (BEKAS TAHANAN ISA)

KARTUNIS ZUNAR “KARTUN-KARTUN TAHANAN POLITIK”

DAN DEKLAMASI SAJAK KHAS DARIPADA ADUN KOTA DAMANSARA DR. NASIR HASHIM

JOM SERTAI KAMI DALAM MALAM SENI INI! JOM KITA SAMA-SAMA BERJUANG UNTUK MANSUHKAN ISA DAN SEGALA UNDANG-UNDANG TAHAN TANPA BICARA!

ANJURAN BERSAMA GERAKAN MANSUHKAN ISA(GMI) DAN ADUN KOTA DAMANSARA

sekali lagi aku pelik bin hairan, cammane nama Isham Rais ada jugak kat sini? Adekah beliau dan Fared Ayam ada kuasa metafizik yang mampu berada di 2 tempat dalam satu masa? Hahaha.

Sekian iklan khidmat masyarakat.

Jika membaca semasa iklan Nuffnang aku hidup, sila klik untuk upah aku. Hahaha.

Abes.

 

p/s: Takkan bace saje kot?

p/p/s: Sila klik pada nama event yang di-bold merah itu untuk dibawa ke fesbuk event untuk lebih info pasal peta segala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails