Monday, July 19, 2010

Menambah Tekanan Isnin Korang Dengan Sejarah Mangsa-mangsa AUKU Sepanjang 1999-2005

Salam penuh tekanan di pagi Isnin. Kenapa tekanan? Entah, aku cuma selalu terdengar bahawa kaum pekerja amat tensen apabila tiba pagi Isnin. Benarkah? Jangan tanya aku, aku hanya pelajar.

Aku ingin menambahkan tekanan kamu, dengan berkongsi sejarah, lagi pasal AUKU.

Ini aku kopipes dari blog ini (sila klik kata merah itu, jakun).

Aku juga belum habis baca lagi hahaha, panjang sangat duh.

Mangsa-mangsa didakwa bawah AUKU sepanjang tahun 1999-2005

1. Yong Kai Ping

Tarikh :15-4-1999

Tempat : UTM Campus

Pihak Terlibat : UTM HEP vs Mahasiswa (Yong Kai Ping)

Pada 15 April 1999, lima mahasiswa dari kampus yang berlainan iaitu, Yong Kai Ping (UTM), Steven Doss (UM), Yahya Jusoh (UPM), Asyraf Wajid (UIAM), and Ahmad Zaki (UiTM) menghantar satu memorandum yang bertajuk “Towards a National Justice” kepada Chief Justice of Malaysia, YAA Yusoffe Chin dalam memproteskan keganasan dan kezaliman Polis di-Raja Malaysia semasa Gerakan Reformasi telah menyebabkan kecederaan termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Malaysia, Tian Chua.

Pada tarikh 7 Julai 1999, Yong telah menerima surat saman daripada pihak universit UTM untuk dihadapkan ke prosiding. Sebelum prosiding ini dijalankan, sebanyak 1019 tandatangan telah dikutipkan dan penyokong-penyokongnya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi, lecturer dan juga staff-staff universiti. Pada hari prosiding itu, satu perhimpunan yang terlibat sebanyak 200 mahasiswa UTM berkumpul di pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM(HEPUTM) untuk menunjukkan penyokongan kepada Yong. Yong kemudiannya didapati melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) seterusnya didenda sebanyak RM200 sebagai dendaannya. Sebagai reaksi kepada dendaan itu, satu kempen “seorang sepuluh sen” telah dijalankan dan sebanyak RM200 telah dipungut di mana ia bermakna sebanyak 2000 mahasiswa menunjukkan sokongan kepada Yong.

2. Ong Shun Hwi

Tarikh : 1 Julai, 1999

Tempat : UTM Skudai kampus

Pihak terlibat : UTM HEP vs Mahasiswa (Ong)

Pada 1 Julai 1999, kira-kira pukul 8.15pm, Ong telah berada dalam bilik C02-405-2b di mana dia dikatakan menghadiri satu perhimpunan haram. Seorang lelaki tanpa ID yang memperkenalkan dia seorang pensyarah itu merampas matrik kad Ong dan mengarahkan Ong untuk berkejar Ong supaya ke pejabat keselamatan. Tanpa sebarang penjelasan, Ong telah ditolak ke dalam sebuah bilik dan seterusnya dipaksa untuk menulis sebuah laporan.

Dengan berada di situasi yang luar biasa ini, Ong meminta untuk tujuan ditangkap, kesalahan yang dilakukan, dan mengapa untuk menulikan laporan yang disuruhkan oleh pegawai keselamatan. dengan menuliskan laporan ini. Walau bagaimanapun, permintaannya dibalaskan oleh sikap kekerasan pegawai dan seterusnya dipanggilkan lagi tiga pegawai untuk memarahi dan menanyakan Ong dengan lebih kekerasan. Setelah satu jam dengan situasi yang keras ini, Ong terpaksa menuliskan laporan tersebut.

Pada 24 Julai, 1999, Ong telah menghantarkan satu laporan tentang dakwaanny yang dikatakan perhimpunan haram serta aduan tentang kekerasan yang dilayani oleh bahagian keselamatan UTM. Akan tetapi, permintaan dan laporannya tidak dilayankan. Pada 15 September, 2004, pihak universiti UTM telah menghantarkan surat saman kepada Ong untuk menghadiri ke satu prosiding bertarikh 22 September. At the hearing, Ong was shocked to discover the presence the said lecturer. Prosiding ini disertakan oleh pensyarah itu tetapi hingga kini identiti pensyarah itu masih dalam keraguan.

Pihak universiti tidak dapat menunjukkan fakta yang jelas unutk menunjukkan bahawa kehadiran Ong dalam perhimpunan haram itu. Tetapi sebaliknya, Ong terpaksa untuk menjelaskan bahawa dia adalah tidak bersalah. Akhirnya, pihak universiti telah menjatuhkan hukuman terhadap Ong iaitu digantung satu semester.

3. Case “Lum Chee Fung” in UTM

Tarikh : January of 2000

Tempat : UTM Skudai Kampus

Pihak terlibat : UTM HEP vs Lum Chee Fung dan 4 rakannya

Lum Chee Fung, dan empat orang rakan mengambil supper di luar kampus. Pada perjalanan kembali ke kampus, mereka ditahan oleh pihak keselamatan UTM untuk menunjukkan kad matrik mereka. Mereka mengambil keptusan untuk tidak berhentikan kenderaan mereka sedangkan mereka tidak membawa kad matrik mereka. Setelah mereka menghantar rakan e hostel, mereka mengambil keputusan untuk menjelaskan kepada pihak keselamatan. Akan tetapi, penjelasan mereka tidak menerima penjelasan mereka dan seterusnya mereka masing-masing merima surat peringatan daripada HEP UTM memintakan penjelasan tentang kejadian malam itu.

Akan tetapi, HEP UTM tidak menerima apa jua penjelasan dan mengambil keputusan untuk mendakwa mereka dengan sebab melanggar peraturan universiti dan menggangu pihak keselamatan daripada menjalankan tugas mereka. Pemandu tersebut didenda amaran keras, digantungkan satu semester dan dendaan RM 200. Lum Chee Fung dan salah seorang rakannya dijatuhkan hukuman yang sama juga. Manakala rakan-rakan yang lain dihukum amaran keras serta dendaan RM200

Prosiding dijalankan dalam keadaan yang tidak adil dan terbuka. Ini adalah kerana pihak universiti menjadi pendakwa, juri dan panel sepanjang prosiding ini. Manakala, orang yang didakwa itu idak langsung diberi hak untuk membela diri.

4. Mohamad Rizal digantungkan 3 semesters oleh UUM

Tarikh : Februari tahun 2000

Tempat : UUM kampus

Pihak terlibat : UUM HEP vs Mohamad Rizal

Mohamad Rizal, pelajar UUM tahun tiga yang mengikuti kursus Account, didapati bersalah ketika memberikan kenyataan debat dalam ‘Asdul Rasak’ debat bengkel yang diadakan pada Februari tahun 2000. Dia telah digantung 3 semester daripada pengajiannya oleh pihak universiti. Pada 4 Mac, dia dibawakan ke prosiding dengan tanpa peluang untuk membelakan diri seterusnya hukuman dijatuhkan kepadanya. Dia ialah orang yang pertama dihukum olehkerana kebebasan bersuara dimana kebebasan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Untuk mempertahankan haknya, Mohamad Rizal membawakan kes yang menyebabkannya digantung selama 3 semester ini ke mahkamah Alor Setar dengan duan orang peguamnya iaitu Mohamad Hanifah Kaidin and Rumi Sabiri. Pada pagi itu, seramai 300 mahasiswa dari pelbagai universiti berkumpul di luar mahkamah dan mengagihkan leaflet kepada orang ramai. Leaflet tersebut menunjukkan pihak universiti UUM telah mencengkam kebebsan beersuara dan AUKU yang menzalimi mahasiswa.

5. ISA7 -7 mahasiswa didakwa kerana mengambil bahagian dalam kempen mansuhkan ISA

Tarikh : Julai Tahun 2001

Tempat : Masjid Negara

Pihak terlibat : 7 mahasiswa

ISA 7




1. Rafzan Ramli




2. Helman Sanuddin




3. Wan Sanusi Wan Mohd Noor




4. Khairul Amal Mahmud




5. Nik Noorhafizi Nik Ibrahim




6. Ahmad Kamal Abdul Hamid 




7. Zulkefle Idris. 



Pada tanggal 8 Jun 2001 yang lalu, lebih kurang 500 siswa dan siswi dari pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta telah bergabung di bawah satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), telah mengadakan satu perhimpunan secara aman berhadapan Masjid Negara di ibu kota.



Di akhir perhimpunan itu, seramai 7 mahasiswa yang terdiri dari pelbagai universiti awam telah ditangkap oleh pihak polis. Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Tun H.S. Lee Jalan Stadium untuk diambil keterangan diri, gambar, serta disoalsiasat oleh pihak polis Cawangan Khas (SB) dan bahagian siasatan jenayah (CID) selama beberapa jam. Mereka juga telah ditahan selama satu malam di lokap dan dibebaskan pada keesokan paginya.



Pada 19 Julai 2001, kesemua mahasiswa itu telah didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur, dibawah Akta Polis dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram. Kesemua mereka ini telah membayar wang ikat jamin sebanyak RM 2500 setiap seorang. Malang menimpa lagi, apabila pihak universiti telah menggunakan akta zalim (AUKU) bagi menggantung pengajian mereka dengan serta merta tanpa diberi peluang untuk membela diri.



Tanggal 15 Oktober 2001 lalu, mereka sekali lagi menghadiri ke mahkamah majistret atas lanjutan kes yang sama. Ini dituruti pada 2 Januari 2002, 28 Februari, 14 Mei, 9 Julai dan 14 Ogos kelak. Pihak peguambela telah membuat bantahan awal meminta keizinan Majistret agar kes ini dapat diperpanjangkan ke Mahkamah Tinggi dan keizinan diberikan oleh pihak Majistret dengan persetujuan pihak pendakwaraya.



14 Jun 2002, kes mereka telah dibawa ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan kes ini dihakimi oleh Datuk Ghazali Yaakob. Hakim telah menunda tarikh kes ke 25 Julai 2002. Hasil keputusan hujah bantahan awal yang dibawa oleh peguambela telah ditolak. Kes ini kembali dibawa ke Mahkamah Majistret pada 14 Ogos ini.



Pada tanggal 14 Ogos 2002, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa tarikh perbicaraan adalah pada 26 hingga 28 November kelak. Walaupun perbicaraan tamat pada 18 Mac 2004 setelah kesemua 8 orang saksi dihadap ke mahkamah, namun keputusan perbicaraan samada sabit kes (prima facie) atau tidak masih tidak dapat diketahui sehingga hari ini disebabkan pertangguhan tarikh pengumuman keputusan perbicaraan yang berkali-kali.



Pada 22 April 2005, pihak mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini telah mengumumkan bahawa dakwaan di bawah Akta Polis dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram yang dikenakan ke atas tujuh orang mahasiswa iaitu Sdr. Rafzan Ramli, Helman Sanuddin, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Khairul Amal Mahmud, Nik Noorhafizi Nik Ibrahim, Ahmad Kamal Abdul Hamid dan Zulkefle Idris digugurkan.Pihak majistret, Mohd Khairi Haron yang mengendalikan kes tersebut semasa membacakan keputusan perbicaraan menyebut bahawa, pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan tersebut ke atas mereka.



6. Mahasiswa ditahan bawah ISA



Tarikh : 5 Julai ke 28 Julai tahun 2001



Pihak terlibat : Mahasiswa MARA Khairul Anwar dan presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, Mohammad Fuad



Pada 5 Julai, Dewan Tunku Cancellor University Malaya telah dibakar. Setelah siasatan dijalankan sepanjang satu tahun, polis telah menahan dua orang mahasiswa iaitu: Khairul Anwar, mahasiswa dari MARA kolej and Mohammad Fuad, presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya bawah ISA dengan alasan membawa ancaman kepada ketenteraman negara.



Khairul Anwar dan Fuad ditahan 23 hari dan 11 hari masing-masing. Polis menafikan bahawa mereka ditahan bawah ISA tetapi disiasat bawah ISA sahaja. Seterusnya mereka digantungkan identiti sebagai mahasiswa semasa siasatan dibuat. Khairul Anwar dipulangkan identiti mahasiswa setelah dilepaskan oleh polis. Walau bagaimanapun, Menteri Pendidikan telah mengambil tindakan terhadapnya.



7. USM kes debat



Tarikh : 10 Mei 2001 hingga November 2002



Tempat : USM



Pada Mei 2001, mahasiswa dari USM dihalang daripada mengambil bahagian pertandingan debat di Singapore’s Nanyang Technological University. Presiden Persatuan Bahasa Tionghua USM, Lee Yen Ting, mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk menunjukkan pihak universiti melakukan diskriminasi dan bertindak tanpa sebab. Kenyataan dan liputan akbar ini telah memberikan tekanan kuat kepada pihak universiti USM. Pada 3 Julai, 6 mahasiswa telah didakwa di prosiding universiti. Setelah beberapa perbicaraan tertutup, Lee Yen Ting dan Secretari Persatuan Bahasa Tionghua Choo Chon Kai, didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa kebenaran unversiti dan didendakan RM200, manakala 4 lagi mahasiswa didendekan RM150 masing-masing.



Pada inciden yang seterusnya, Choo Cho Kai telah ditahan oleh pihak keselamatan universiti dan dijatuhkan hukuman digantung selama satu semester kerana menjual badge masuhkan-ISA dalam kampus. USM kelab koir didapati bersalah kerana melakukan petition manakala 2 lagi mahasiswa didakwa juga kerana menunjukkan protes terhadap Sekolah Wawasan.



Kejadian tersebut telah dilanjutkan dengan pihak universit terus membekukan AGM PBTUSM. PBTUSM diugut oleh pihak universiti untuk menandatangani satu perjanjian yang tercatat 10 permintaan yang tidak munasabah dari pihak universiti. After much negotiation by four of its committees, CLS drafted another agreement that agree to abide to AUKU. Only then the AGM was organized in November.



8. Student being charged for helping in election movement



Date : Jan 2002



Students’ role : issue press statemant



In the by election in Indera Kayangan, Perlis, eight undergraduates from USM were charged for the alleged involvement in disrupting Barisan Nasional election campaign. Four students were suspended for one semester and Muslim Students Association was also implicated and being freezed. Government used this incident to warn the students not to get themselves involved in any election campaign, creating white terror in the campus.



DEMA issued a press statement to oppose government using such incident to justify its autocratic policy in prohibiting students to take part in election campaign. DEMA also reminded government of giving an impartial trial to the eight students to dispel any doubt and suspicion.



9. Student Ethic Agreement (Surat Aku Janji)



Date: May 2002



The Student Ethic Agreement (SEC), which was proposed by Datuk Sri Doktor Mahathir, was implemented beginning the year of 2002. SEC is viewed as a concrete step to superintend undergraduates to be more concentrate on their studies.



Since the commence of the new semester in 2002, students were pressurized by the universities to sign SEC. Any ferusenik was asked to submit explanatory letter or was refrained from renewing his registration or receiving his result. Those freshies seemed to be at ease with it, thinking that it was only part of the procedures for entering universities. The old students, on the contrary, showed vehement response against SEC. They considered SEC as a violation of their own rights. Nevertheless there were also students that compromised in order to obtain their results.



The alliance reckoned that SEC had infringed students’ rights and academic freedom. Its content is indistinct and ambiguous. The alliance asserted the highest aim of education is to create an individual with critical thinking and an independent mind; however SEC apparently is doing the opposite.



SEC was regarded as an appendage of the 1971 University and University College Act but it poses a greater effect and has greater repercussions on the students’ rights. This incident was a wake up call for undergraduates who were previously oblivious of their own rights.



Senarai mangsa AUKU sepanjang Tahun 2004



Amin Idris



Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Maklumat perbicaraan



Perbicaraan 1



Hari : Selasa



Tarikh : 17 Februari 2004



Pertuduhan :



Bahawa kamu pada hari jumaat, 13 Jun 2003 kira-kira jam 2.15 pm telah menyertai dan menyampaikan ucapan di dalam satu perhimpunan yang melebihi 5 orang di perkarangan masjid Sultan Ahmad Shah UIAM tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa universiti



Keputusan : Bersalah



Hukuman : -





  1. Amaran keras




  2. Khidmat masyarakat (kerja berat di kolej) selama 5 jam




  3. Denda RM 100




Perbicaraan 2



Hari : Rabu



Tarikh : 28 Julai 2004



Pertuduhan :



Bahawa kamu telah menulis satu artikel bertajuk “Batalkan Konsert Maksiat” yang telah diterbitkan di dalam Berita Harian bertarikh 24 Januari 2004 dan telah menggunakan nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tanpa kebenaran dari pihak berkuasa universiti terlebih dahulu.



Bahawa kamu pada 24 Januari 2004 telah menyertai satu aktiviti di luar kampus dengan menjadi jurucakap kepada sebuah perrtubuhan tidak berdaftar di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) tanpa kebenaran bertulis dari pihak berkuasa universiti terlebih dahulu.



Keputusan :





  1. Didapati bersalah untuk tuduhan pertama.




  2. tidak bersalah untuk tuduhan kedua.




Hukuman :





  1. Amaran keras untuk tuduhan pertama




  2. Terlepas dari apa-apa hukuman.




Perbicaraan 3



Hari : Jumaat



Tarikh : 27 Ogos 2004



Pertuduhan :



Bahawa kamu pada hari Rabu bertarikh 10 Mac 2004 di antara jam 9.30 hingga 10.30 pm telah didapati menyerahkan satu “Memorandum Mahasiswa Negara menuntut Jaminan SPR kepada Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Saksama” di pejabat SPR, Shah Alam.



Bahawa kamu pada hari Rabu bertarikh 10 Mac 2004 di antara jam 9.30 hingga 10.30 am telah didapati menyerahkan satu memorandum justeru didapati terlibat dengan aktiviti luar tanpa kebenaran bertulis dari pihak berkuasa universiti terlebih dahulu.



Keputusan : Bersalah untuk semua tuduhan



Hukuman :





  1. Amaran keras




  2. Digantung pengajian untuk 1 semester




Mohd Supian bin Mat Nan



Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Maklumat Perbicaraan



Hari : Jumaat



Tarikh : 27 Ogos 2004



Pertuduhan :



Bahawa kamu pada hari Rabu bertarikh 10 Mac 2004 di antara jam 9.30 hingga 10.30 pm telah didapati menyerahkan satu “Memorandum Mahasiswa Negara menuntut Jaminan SPR kepada Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Saksama” di pejabat SPR, Shah Alam.



Bahawa kamu pada hari Rabu bertarikh 10 Mac 2004 di antara jam 9.30 hingga 10.30 am telah didapati menyerahkan satu memorandum justeru didapati terlibat dengan aktiviti luar tanpa kebenaran bertulis dari pihak berkuasa universiti terlebih dahulu.



Keputusan : Bersalah untuk semua tuduhan



Hukuman :





  1. Amaran keras




  2. didenda RM100




  3. Khidmat Masyarakat (kerja berat di kolej) selama 5 jam




Muhtar bin Suhaili



Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Maklumat Perbicaraan



Hari : Selasa



Tarikh : 17 Februari 2004



Pertuduhan :



Bahawa kamu pada hari jumaat, 13 Jun 2003 kira-kira jam 2.15 pm telah menyertai dan menyampaikan ucapan di dalam satu perhimpunan yang melebihi 5 orang di perkarangan masjid Sultan Ahmad Shah UIAM tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa universiti



Keputusan : Bersalah



Hukuman :





  1. Amaran keras




  2. Khidmat masyarakat (kerja berat di kolej) selama 5 jam




  3. Denda RM 50




19 mahasiswa





  1. Wan Abd Halim Hafidz bin Mohd Amin




  2. Norhaslinda binti Abdullah




  3. Wan Norasyikin Wan Harifuddin




  4. Nadyah binti Mahmud




  5. Asimawati binti Omar




  6. Syahida binti Elias




  7. Aisyah binti Ramlee




  8. Norliyana binti Raja Abd Hamid




  9. Noranim binti Ismail




  10. Amalina binti Awang




  11. Nik Habsah




  12. Mohd Hariri




  13. Anas karimi bin Ahmad Thani




  14. Mohd Azizi bin Tumiran




  15. Mohd Izuddin bin Sith




  16. Nusaibah binti Abdullah




  17. Mohd Amin bin Abdullah




  18. Saiful Zafri




  19. Mohd Kamil bin Abu Talib




Tempat Belajar : Universiti Malaya (UM)



Maklumat Perbicaraan



Hari : Jumaat



Tarikh : 17 September 2004



Pertuduhan :



Bahawa anda pada 8 Mac 2004 di antara jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di hadapan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya telah terlibat dalam suatu program yang tidak dibenarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan perbuatan anda telah merosakkan nama baik Universiti dan oleh yang demikian anda telah melanggar Kaedah 3 (a) (i) Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999



Bahawa anda pada 8 Mac 2004 di antara jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di hadapan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya telah menyertai suatu kegiatan luar kampus dan perbuatan anda itu telah mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti Malaya dan oleh yang demikian anda telah melanggar Kaedah 13 (1) Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999



Bahawa anda pada 8 Mac 2004 di antara jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di hadapan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya Jaya telah terlibat dalam suatu program yang tidak dibenarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan perbuatan anda telah melanggar arahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan oleh yang demikian anda telah melanggar Kaedah 27 Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999



Status : Masih dalam perbicaraan



Soh Sook Hwa



Tempat : Universiti Sains Malaysia (USM)



Maklumat Perbicaraan



Hari : 24 November 2004



Tarikh : Rabu



Pertuduhan :



Bahawa anda telah terlibat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 11 2004 seperti mana yang tersiar dalam akhbar China Press dan Sin Chew Daily bertarikh 15 Mac 2004 (saudari didapati berada di tempat Kempen Pilihanraya Parti Keadilan dengan memakai baju T Keadilan yang menunjukkan saudari menyokong calon parti Keadilan yang sedang berkempen)



Keputusan : Bersalah



Hukuman :





  1. Amaran Keras




  2. Denda RM200




27 mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus



Nama :





  1. Ahmad Zia Ul Saufie B. Mohamad Jepri




  2. Fazarina Bt Abu Zarin




  3. Widayanti Bt Mohamad Zen Umar




  4. Nurul Hakimah Embong




  5. Siti Nurkhalida Bt. Alias




  6. Mohamad Shahril Idris




  7. Mohd Zulkifli B. Mohamad Noor




  8. Wong Li Wah




  9. Muntaha B Tasarib




  10. Rosie Bt Wahab




  11. Ami Hassan Bin Md Din




  12. Azizul Abd Ghani




  13. Mohd Faisal B Abdul Khanan




  14. Siti Natasha Binti Ramli




  15. Ng Lee Ting




  16. Saltihie B Zeni




  17. Soleha Bt Kadim




  18. Najmiyah Bt Ibrahim




  19. Mahanorsasa Bt Muntahar




  20. Noradha Bt Jema’on




  21. Siti Marziah Bt Mohd Dani




  22. Khairul Adzfar B Ya




  23. Muhamad Fuad Shukor




  24. Ahmad Fahmi Idris




  25. Hussain B Mohd Amin




  26. Mohamad Firdaus Bin Jusoh @ Mazam




  27. Hoon Chia Ming




Tempat Belajar : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)



Pertuduhan :





  1. Bertanding secara berkumpulan




  2. Mencetak poster sendiri tanpa menggunakan poster yang dicetak oleh HEP.




Keputusan : 17 orang didapati bersalah



Hukuman :





  1. Dilucutkan kemenangan sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa




  2. Amaran tanpa rekod




Senarai mangsa AUKU sepanjang Tahun 2005



A) Dakwaan dan kronologi kes saman di UPM



Ooi Tze Min



Tahun kedua



Bacelor Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi



Dakwaan



a) 21 september 2005



Berada dalam satu perhimpunan di hadapan Bangunan Parlimen Malaysia dengan tujuan untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkenaan isu campur tangan politik dalam Pilihan Raya MPP sesi 2005/2006.



b) 29 September 2005



Mengapikan pelajar lain, di hadapan Bangunan Pentadbiran UPM, suatu pemboikotan terhadap Pilihan Raya MPP sesi 2005/2006.



c) 26 September 2005



Berada dalam satu perhimpunan di hadapan premis di Sri Serdang dengan tujuan untuk mengapikan pelajar lain agar memboikot Pilihan Raya MPP sesi 2005/2006.



d) 29 September 2005



Membuat pernyataan awam kepada wartawan penyiaran NTV7, mengenai perkara yang berkaitan dengan Pilihan Raya MPP sesi 2005/2006 di hadapan Bangunan Pentadbiran UPM.



e) 26 September 2005 hingga 29 September 2005



Mengadakan suatu aktiviti kutipan wang di dalam dan di luar



kampus.



f) 7 Oktober 2005



Berada dalam satu perhimpunan di hadapan Masjid Negara dengan tujuan untuk menyertai satu perarakan dari Masjid Negara ke Bangunan Suhakam bagi menyerahkan Laporan Pilihan Raya MPP sesi 2005/2006.



g) 22 April 2005



Berada dalam satu perhimpunan di hadapan Bangunan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyatakan sokongan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Internal Security Act (ISA).



Lim Sok Swan



Tahun kedua



Bacelor Sastera (Bahasa Asing)- Mandarin



Dakwaan



Dakwaan b) dan f) seperti Ooi Tze Min



Kronologi



a) 19 Oktober 2005



Menerima surat saman daripada Pegawai Keselamatan UPM, En. Subri di kuliah DKFPP 2, Fakulti Pendidikan kira-kira jam 3.00 petang. Surat tersebut mengarahkan Lim Sok Swan hadiri sendiri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa pada 20 Oktober 2005, jam 9.00 pagi untuk menjawab dakwaan terhadapnya.



b) 20 Oktober 2005



2 tuduhan dibaca oleh ketua Unit Tatatertib En. Ludinata Bin Misnun dan Lim Sok Swan ditanya samaada dia mengakui kesalahan atau tidak. Lim Sok Swan tidak mengkui kesalahan dan perbicaraan tersebut ditundakan ke 24 Oktober 2005. Surat permintaan supaya perbicaraan tatatertib ditundakan yang dikemukakan oleh Lim Sok Swan ditolak oleh TNCHEP UPM. Lim Sok Swan diminta berurus dengan Bahagian Perundangan UPM berkenaan perkara tersebut.



c) 24 Oktober 2005



Penjaga Lim Sok Swan tidak dibenarkan masuk ke bilik perbicaraan. Lim Sok Swan juga tidak dibenarkan membawa peguam semasa perbicaraan dijalankan. Perbicaraan Lim Sok Swan ditunda ke 10 November 2005, jam 10.00 pagi.



d) 25 Oktober 2005



Ibu bapa Lim Sok Swan mengemukakan suatu surat kepada Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed (TNCHEP UPM) untuk menuntut perbicaraan tatatertib yang adil terhadap anaknya.



e) 8 November 2005



Lim Sok Swan mengemukakan suatu surat permintaan kepada Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed supaya perbicaraan tatatertib terhadapnya ditundakan.



Tan Kar Hing



Tahun ketiga



Bacelor Pentadbiran Perniagaan



Dakwaan



a) 22 April 2005



Mengibar, mempamer dan menunjukkan satu sepanduk di hadapan Bangunan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyatakan sokongan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Internal Security Act (ISA).



Serta dakwaan a), b), c), d), e) dan f) seperti Ooi Tze Min



Kronologi



a) 8 November 2005



Pihak keluarga Tan Kar Hing menerima surat saman yang dikirimkan oleh pihak berkuasa tatatertib kepadanya melalui pos laju di kampung kediaman. Surat tersebut mengarahkan Tan Kar Hing hadir sendiri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa pada 10 November 2005, jam 3.00 petang untuk menjawab dakwaan terhadapnya. Tan Kar Hing mengemukakan suatu surat permintaan kepada Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed supaya perbicaraan tatatertib terhadapnya ditundakan.



Ridhuan Bin Othman @ Abdul Razak



Tahun kedua



Bacelor Sains Pertanian



Dakwaan



Dakwaan a), b) dan f) seperti Ooi Tze Min



Kronologi



a) 19 Oktober 2005



Menerima surat saman daripada 3 pegawai Keselamatan UPM di rumah sewa. Surat tersebut mengarahkan Ridhuan Bin Othman @ Abdul Razak hadiri sendiri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa pada 20 Oktober 2005, jam 9.00 pagi untuk menjawab dakwaan terhadapnya.



b) 20 Oktober 2005



3 tuduhan dibaca oleh ketua Unit Tatatertib Ludinata Bin Misnun dan Ridhuan Bin Othman @ Abdul Razak ditanya samaada dia mengakui kesalahan atau tidak. Ridhuan Bin Othman @ Abdul Razak tidak mengakui kesalahan dan perbicaraan tersebut ditundakan ke 26 Oktober 2005.



c) 24 Oktober 2005



Menghantar surat bantahan tentang pertikaian kredibiliti panel, sikap prejudis TNC, dakwaan yang dikenakan bercanggah dengan perlembagaan dan sebagainya Menghantar surat untuk mendapatkan peguam untuk mewakilnya dalam perbicaraan. Permintaan ditolak.



d) 26 Oktober 2005



Surat bantahan yang dikemukakan pada 24 Oktober 2005 ditolak. Mula membicara dakwaan b). Dua orang saksi daripada pihak UPMyang telah mengambil gambar pada kejadian tersebut dipanggil. Ridhuan Bin Othman @ Abdul Razak diminta memanggil saksi. Perbicaraan Ridhuan Bin Othman @ Abdul Razak ditangguh ke 11 November 2005, jam 5.00 petang.



Mohd Hisyamudin Bin Ghazali



Tahun ketiga



Bacelor Sains Perniagaantani



Dakwaan



Dakwaan a) seperti Ooi Tze Min



Kronologi



a) 20 Oktober 2005



Hadir diri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa untuk menerima surat saman. Surat tersebut mengarahkan Mohd Hisyamudin Bin Ghazali menghadiri sendiri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa pada 10 November 2005, jam 10.00 pagi untuk menjawab dakwaan terhadapnya.



Ahmad Taufiq Bin Kamarudin



Tahun keempat



Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik



Dakwaan



Dakwaan a) seperti Ooi Tze Min



Kronologi



a) 20 Oktober 2005



Hadir diri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa untuk menerima surat saman. Surat tersebut mengarahkan Ahmad Taufiq Bin Kamarudin hadiri sendiri ke Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa pada 10 November 2005, jam 10.00 pagi untuk menjawab dakwaan terhadapnya.



Catatan:



1. Semua surat saman dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr. Azali bin Mohamed, TNCHEP UPM.



B) Dakwaan dan kronologi kes saman di USM



Baru-baru ini, terdapat lagi 3 pelajar USM dituduh salah oleh pihak USM (Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan). Sekarang, jumlah pelajar USM yang dituduh salah oleh pihak USM ialah 4 orang. Mereka adalah:



Ng Eik Cheen



Tahun ketiga, Semester enam



Dakwaan



a) Pada 29 September 2005, lebih kurang jam 1.00 tengah hari mengedar beberapa risalah bertajuk “Some Students Boycotting USM’s Election Thursday” tanpa kebenaran Naib Canselor dalam raga motosikal di kawasan letak motosikal Dewan Tuanku Syed Putra.



Lau Shu Shi



Tahun kedua, Semester empat



Dakwaan



a) Pada 29 September 2005, lebih kurang jam 1.00 tengah hari mengedar beberapa risalah bertajuk “Some Students Boycotting USM’s Election Thursday” tanpa kebenaran Naib Canselor dalam raga motosikal di kawasan letak motosikal Dewan Tuanku Syed Putra.



Ong Siew Shan



Tahun ketiga, Semester enam



Dakwaan



a) Pada 11 September 2005, lebih kurang jam 1.30 pagi di sekitar Aras 1, 2 dan 3, Blok F25 Desasiswa Fajar Harapan mengedar risalah bertajuk “Agenda Mahasiswa” tanpa kebenaran Naib Canselor.



Wong Weng Hoo



Tahun kedua, Semester empat



Dakwaan



a) Pada 22 September 2005, lebih kurang jam 10.10 pagi di Foyer Perpustakaan Hamzah Sendut I memberi kenyataan kepada wartawan akhbar tanpa kebenaran Naib Canselor.



C) 3 Orang Pelajar UM Ditahan Atas Kesalahan Mengedar Borang Kaji Selidik dan Mengganggu tugas pegawai Hal Ehwal Pelajar



1. Karim b Abd Rahim,22



Pada 26.08.05 iaitu pada hari Jumaat kira-kira jam 12.00 tengahari ,Saudara Karim Abd Rahim (830720-12-5323) No. Matrik AEA040149 – Tel: 019–6156907 selaku Pengerusi Balai Islam Kolej Kediaman Ketujuh telah mendapat panggilan daripada En. Mahaganapathy a/l Dass, Penolong Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Beliau meminta Sdr.Karim untuk datang ke pejabat beliau. Pada jam 3.30 petang, Sdr. Karim ke pejabat HEP dan bertemu dengan En..Mahaganapathy a/l Dass. Sebaik sahaja masuk ke bilik tersebut pintu dan tingkap ditutup oleh beliau untuk menakut-nakutkan Sdr.Karim Sdr.Karim dituduh mengedarkan risalah dan mengedarkannya ke kolej-kolej kediaman pada hal beliau langsung tidak pernah berbuat demikian.



Tuduhan yang tidak berasas dikenakan ke atas beliau. Dalam perbualan tersebut Sdr. Karim turut ditolak di kepala sebanyak 2 kali dan baju beliau ditarik dengan kasar seolah-olah mengugut beliau agar mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Tidak cukup tindakan kasar yang dikenakan ke atas beliau , kata-kata kesat turut dilemparkan ke atas beliau yang berunsur maki hamun dan termasuk kata-kata yang melibatkan sentimen keagamaan dan kaum seperti tuduhan murtad dan kafir. Barang-barang peribadi turut diambil tanpa kebenaran beliau. Barang-barang tersebut ialah kad matrik, ,telefon bimbit dan kad pengenalan. En. Mahaganapathy a/l Dass juga telah mengambil serta melihat isi kandungan telefon bimbit beliau tanpa keizinannya. Kad Matriknya juga dirampas tanpa sebarang alasan. Ini menyebabkan banyak urusan yang berkaitan dengan akademik saya terganggu.



Beliau juga diugut akan ditarik balik pinjaman PTPTN dan digantung pengajian satu semester semata-mata untuk memaksa saya mengaku setiap tuduhan tersebut.



2. Hafizuddin b. Mohammad



Mendapat pertuduhan yang sama dengan Karim Abdul Rahim; mangsa proseding Tatatertib AUKU kerana enggan berkonspirasi dengan HEPA demi memastikan Karim b. Abdul Wahim dan Zainulfaqar b. Yaacob dikenakan hukuman tatatertib (AUKU).



3. Zainulfaqar Yaacob



Mangsa prosiding Tatatertib (AUKU) difitnah mengganggu tugas-tugas pegawai HEPA; hanya kerana insiatifnya beliau bertemu En. Mahaganapathy a/l Dass demi menegur penindasan yang telah dilakukan ke atas Karim b. Abdul Rahim (mahasiswa).



D. 4 Orang Pelajar UM Didakwa Atas Kesalahan Menganjurkan Program Tanpa Kebenaran HEP



1. Abdul Hafiz b. Muhammad Din,22



2. Mohd Nazri b Mohd Yunos,21;



3. Muhammad Radzi b Mohd Zawawi,21;



4. Abdullah b Mohd Salleh,21



Kesemua mereka merupakan pelajar dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka adalah kerana didakwa mengadakan aktiviti menyambut kedatangan Mahasiswa tahun satu bagi sesi kemasukan 2005/06 pada julai 2005 yang lepas dan dianggap perbuatan tersebut telah memalukan nama baik Universiti. Berikut merupakan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka :



1. BAHAWA anda pada Julai 2005 lebih kurang jam 10.00 pagi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) telah terlibat dalam program menyambut pelajar-pelajar baru yang mana Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya mahupun saudara tidak mendapat kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan perbuatan saudara adalah melanggar arahan Timbalan Naib Cancelor (HEP&Alumni) seperti surat Perkeliling Kegiatan Pelajar bertarikh 7 Januari 2004, dan seterusnya melanggar Kaedah 27 Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tataterbit Pelajar-pelajar) 1999.



2. BAHAWA anda pada 3 Julai 2005 lebih kurang jam 10.00 pagi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) telah didapati mengedarkan dokumen-dokumen iaitu risalah kecil, buku catatan dan penanda buku kepada pelajar-pelajar baru tanpa kebenaran Naib Cancelor terlebih dahulu dan oleh itu anda telah melanggar Kaedah 12(1) Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tataterbit Pelajar-pelajar) 1999.



E. 17 pelajar UM di didakwa atas kesalahan berhimpun di parlimen



1. Muhammad Haniff b. Baderun



2. Mohd Nazree b. Mohd Yunus



3. Zainulfaqar Yaacob



4. Mohd Shukri b. Daud



5. Mohd Hafiz b. Habil



6. Sheikh Umar Bagharib



7. Mohd Nasa’ie b. Ismail



8. Dzul Khairi b. Mohamad Noor



9. Mohd Noor Syaiful Azmi b. Mohd Noor



10. Mohammad Radzi b Zawawi



11. Mior Iskandar b. Mior Azizan



12. Mohd Bukhari b. Othman



13. Mohamed Raqi b. Shapien



14. Mohd Shahir b. Mohd Shah



15. Mohd Asyrof Zaki b. Yaacob



16. Mohd Khider b. Mohd Yusof



17. Asiah binti Alkharib Shah



Pihak berkuasa tatatertib Universiti Malaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ( AUKU ) 1971 telah berpendapat bahawa ke semua tertuduh berikut telah melakukan kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 yang dibuat di bawah seksyen 16C Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Berikut merupakan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka :



BAHAWA anda ( semua tertuduh) seorang pelajar Universiti Malaya telah, pada 21 September 2005 di antara jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang, menyertai satu kegiatan di luar kampus, iaitu perhimpunan di hadapan Bangunan Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen 50680 Kuala Lumpur.



DAN DENGAN DEMIKIAN anda telah melakukan satu pelanggaran tatatertib di bawah kaedah 13(1) dalam Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999



Kaedah 13(1) dalam Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 merupakan kaedah di bawah Bahagian II, Tatatertib Am di bawah item Kegiatan Pelajar di Luar Kampus. Berikut merupakan butiran kaedah tersebut :



13(1) Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti atau yang memudaratkan kepentingan universiti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails