Monday, July 12, 2010

Hari yang Cuak Tak Berapa Cuak Rupanya. Yeah~

(PC banyak problem! ARRRGGGHHH! Nak mencarut rasa!)

Hari ni aku pergi UM, sempena hari pertama sesi persekolahan 2010/2011. Pergi dengan penuh rasa cuak di dada, ingin berdepan dengan SKR, bertanyakan apakah status aku. Aku nekad, kalau diorang bikin panas, aku nak bising kat sana. Lantak ah, malu pun malu ah. Haha.

Nasib baik sampai kat SKR, kakak tu layan aku dengan penuh sopan. Haha. Terus hilang rasa celaru hangin jiwa kacau. Kakak tu bilang (Singaporean sikit, hehe) fakulti sains belum bagi jawapan lagi.

Aik? Aku dah tanya diorang (Fak Sains) sendiri, diorang memang sudi terima aku.

Nasib baik kakak tu sambung lagi, diorang baru habis meeting peringkat fakulti Sains, hari khamis hari tu. Jumaat tak keluar lagi minit mesyuarat. Hari ni Senin, pun takde jawapan lagi daripada fak sains.

Lepas tu aku pergi serbu fak sains pulak. Beratur kat ofis punyerlah ramai makhluk, bila tiba turn aku, aku tanya lah apahal aku punya tukar kos ni? Hari tu bos korang dah cakap sudi terima aku. Nape tak bagitau SKR terus?

Oho diorang cakap minit meeting hari khamis hari tu baru kuar hari ni. Esok baru leh forward pegi SKR sebab diorang punya ‘posmen’ cuti. Aik? Nak hantar balik dekat SKR je kan? Takkan kena tunggu esok kot.

Lantak ah. yang penting diorang dah terima aku, fak engine dah sudi lepaskan aku, lepas ni naik meeting TNC Akademik dan senat jangan tibe-tibe lak nak reject. Harap-harap takde pape lah.

KERAS.

Aku benci biroKERASi melampau! Memang la perlu buat kerja ikut sistem, mudahkan pengurusan. Tapi ingat korang je nak senang? Aku ni cammaner? Sem dah start dah ni, tapi aku tak kenal lagi sape kosmet baru aku. Nanti kalo aku terlepas awek cun, aku salahkan korang!

 

Apa-apa je lah. Kakak tu cakap suh aku register je dekat fak engine sementara tunggu aku secara rasmi masuk fak sains.

Uncle aku lak cakap masuk je kelas kat fak sains tu.

Aku lak cakap, lepak le dulu. Nanti dah official accepted, aku masuk ler.

Kah kah kah.

 

TQ fak sains. TQ fak engine. TQ semua yang membantu. Semoga tiada apa-apa insiden, aku nak belaja ni weyh.

 

 

p/s: Perlukan RM2000 untuk menerobos masuk ke dalam sistem demi sebuah pendaftaran. Mana mau cekau?

4 comments:

  1. karenah birokrasi. dari dulu lagi.naek fedap aku..

    ReplyDelete
  2. KERAS. Haha.

    Birokrasi sepatutnya memudahkan pengurusan dan memuaskan hati pelanggan,
    ni pengurusan je mudah, kita terkontang-kanting tunggu, apekes?

    Haih. Sabar aje lah. Ini Malaysia kan?

    ReplyDelete
  3. ko tukar ke course ape?

    ReplyDelete
  4. aku mitok sains Fizik.

    hohoho. umpama tubik mulut kucing masuk ke mulut boyo.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails