Thursday, July 8, 2010

Piala Dunia dan Sotong – Apecer Ni?

Spain menang, tahniah untuk itu.

Aku?

Aku dah tak layan World Cup 2010 sejak kekalahan Argentina hari tu lagi. Serius, dah takde passion nak berjaga malam-malam. So, buat apa nak mem-poyo-kan diri untuk sesuatu yang aku memang taknak kan?

Cuma satu jer yang aku rasa tak best bila tawu German kalah. Sebab keputusan tu bertepatan dengan ramalan encik Paul de Sotong (korang tawu la sotong mane kan?)



Sebenarnya aku tak penah amik port pun pasal sotong ni, bagi aku itu cuma satu lagi lawak jenaka manusia untuk memeriahkan suasana World Cup 2010 kali ni.

Tapi aku heran apabila surat-surat khabar utama macam KOSMO dan UTUSAN boleh lak pegi tulis pasal cerita tu. KOSMO lagi la, masa memula dulu bila England tak perform peringkat kumpulan, cerita pasal bomoh Afrika hantar burung pegi bertenggek kat tiang gol England pun dia tulis. Kalo tak silap aku, kat TV pun ada keluar kan? LOL!

Apabila media selaku penyebar utama fikrah pun dah mula mem-bangang-kan tulisan mereka, maka akan ramailah rakyat marhaen yang akan ter-bangang sama. Dan dapat dilihat apabila kemenangan Spain ke atas German, bertambah riuh sorak-sorai memuja sotong. Tak caye, try korang search “sotong” kat Facebook korang, dan lihatlah segala bentuk kata-kata yang membenarkan sotong itu. Tak kiralah korang frust ke, berterima kasih sotong ke, caci-maki sotong ke, membenarkan kata-kata sotong ke, semuanya last-last membawa maksud yang sama, sotong itu betul!

Entahlah. Aku bukan ustaz nak melabon panjang-panjang pasal hukum. Aku juga AMAT TAKUT bila ingin menyatakan sesuatu yang aku pegang. Lebih-lebih lagi kalo perkara tu menyebabkan ramai orang makan cili. Nanti akan adalah kata-kata seperti “tak sporting”, “too serious”, “bajet alim”, “poyos”, dan bagai-bagai lagi ah!

Hye, aku juga remaja sama macam korang ah! Hari-hari aku buang masa depan internet, melabon sia-sia, kadang-kadang selalu keluar berpoya-poya, usya jugak awek cun, dan macam-macam lagi ah perkara yang boleh dikategorikan sebagai dosa.

Tapi aku jugak Muslim. Dan kadang-kadang aku nampak “kesilapan” depan mata aku, dan ditakdirkan masa tu aku sedar. So, menjadilah tanggung jawab aku untuk “menegur”.

Sebenarnya aku tegur ni pun bukan sebab kesian kat korang, lantak korang ah nak kena uli dalam tepung goreng sekali ngan Paul tu ke, aku tegur ni hanya untuk bahagian diri aku.

Aku selfish okeh? Dan kerana selfish aku itulah aku nak “selamatkan” diri aku dari terkena saham bawaan korang-korang yang percaya benda-benda karot-marot macam khurafat sotong ni.

So, jangan percaya sotong itu. Dan kalo sesiapa dah terlajak “membenarkan” kata-kata sotong itu walopun hanya untuk suke-suke, istighfar la banyak-banyak. Allah Sayang Korang!

Ok, chill semua. Aku pun remaja liar gak ! :)

Sekian.




p/s: kes ni sama la macam kes tilik nasib kat facebook yang penah femes dulu. Ataupun tilik nasib horoskop. Keyword die, TILIK NASIB itu…..tahik!

p/p/s: untuk kata-kata ustaz, sila rujuk sini dan sini dan…(nanti kalo ade rujukan aku tambah lagi)
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu (ramalan), nescaya tidak diterima baginya solat selama 40 malam".

 
'Barangsiapa mendatangi seorang dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad. (Abu Daud)'

6 comments:

  1. hahaha..betol2 kurafat sumenye tu..~XD

    ReplyDelete
  2. lagi sekali KOSMO hari ni menulis cerita pasal sotong tuh. Nak kena bunuh katanya. Aku mmg x leh pi ah ngan KOSMO ni. Perosak fikiran rakyat jer. Demn!

    ReplyDelete
  3. Sebelumnya salam damai untuk semua.
    Jangan khawatir si Paul the Octopus tidak akan diapa-apakan (kena bunuh), kerana tempatnya terjaga aman, sebab itu tidak boleh percaya ramalan/ tahyul, kerana kalau percaya boleh benar terjadi walaupun hanya secara kebetulan dan boleh buat nerves rusak. *hehe* saya dan kawan-kawan mendukung team Jerman, tapi kami tidak akan pernah berpikir untuk bunuh atau mau makan si Paul the Octopus, kerana masih banyak makanan yang pasti lebih sedap dari si Paul the Octopus. *hehe*

    Btw, selamat kepada team dan pendukung Spanyol, dan kepada pendukung Jerman lainnya, saya anjurkan jangan terlalu emosi sampai nak bunuh atau makan si Paul the Octopus, ingat semua itu hanya game, kadang bisa menang jika sedang beruntung dan kalah jika sedang sial, jadi itu bukan kerana kerja si Paul the Octopus, saya pikir si Paul the Octopus hanya sukekan warna bendera Spanyol kerana warnanya lebih cerah dari Bendera Jerman, coba perhatikan selama ini dia selalu memilih warna yang lebih cerah. *hehe*

    ReplyDelete
  4. em btui...sokong 100 percent...wat pe nk cye kat sotong uh...xde faedah pon

    ReplyDelete
  5. makan sotong lagi besh! tp tu ah masalah bile berita2 pon duk tayang mende nih. mcm lemah sngt mentaliti rakyat msia nih.

    ReplyDelete
  6. aku lagi suka kalau sotong itu kena bunuh..hah3...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails