Saturday, July 10, 2010

Aku Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

(Tekanan. Aku menulis entri ini dalam keadaan mencarut-carut kerana sambungan internet yang @#$%^&*.)

 

Ini pendek sahaja. Cuma nak beritahu kamu realiti dunia sekarang, melalui apa yang aku nampak dari kaca mata aku.

Terlalu banyak perbezaan yang aku jumpa. Dan di celah-celah perbezaan itu selalunya wujud sengketa.

Aku tak rasa ini sesuatu yang bagus. Untuk aku, dan untuk kamu.

Sebaiknya kamu lihatlah pada persamaan yang ada pada kamu. Biar apa pun yang membezakan kamu, bukankah semuanya bermatlamat satu, menjadikan dunia ini lebih baik daripada apa yang ada kini?

Kecuali mereka yang benar-benar menindas, itu memang wajib kamu cantas.

Selainnya? Berkawanlah.

Bukankah dengan menjadi kawan itu, maka kamu juga lebih mudah membuatkan dia faham kamu?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Aku bukan seorang Muslim Liberal, tapi aku berpegang kepada menyampaikan dakwah bil-hikmah. Dan bagi aku, menggunakan penentangan yang cenderung kepada perpecahan dan perbalahan adalah jalan paling akhir, yang hanya layak ditujukan apabila berhadapan dengan mereka yang benar-benar celaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails