Saturday, July 3, 2010

Tentang Aku

Salam semua. Seingat aku, sepanjang aku ber-blog di Ilusi Hitam Putih ini, tidak pernah lagi aku memperkenalkan diri secara lengkap, kan? So, setelah sekian lama, maka aku memutuskan untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang diri aku, walaupun blog aku ini memang tentang diri aku, tapi perkongsian kali ini adalah lebih kepada tentang.....DIRI AKU-lah!


Ok nama diberi Abu Ubaidah Amir bin Ab. Maalek, diulangi, Abu Ubaidah Amir bin Ab. Maalek, diulangi, Abu Ubaidah Amir bin Ab. Maalek (aku ulang 3 kali sebab itu skil yang selalu dilakukan oleh kakak-kakak fasi yang aku jumpa dalam mana-mana sesi suai kenal)

Lahir 6 Jun 1989 - atau dalam nombornye 6-6-89. Enam-enam tu, nombor yang sangat santek, sila ingat ok? Lahir kat Kuching, Sarawak. Kejap, aku bukan orang Sarawak walaupun aku lahir kat Sarawak. Aku sendiri pun tak tahu apa cerita kenapa tetiba mak ayah aku ada kat Sarawak masa aku nak keluar ke dunia. Mak ayah aku orang Kelantan dedua. Jujur cakap, aku memang takde memori tentang Sarawak, sebab aku bermastautin kat sana masa aku bayi comel je, bila aku dah pandai menyimpan memori, tup-tup aku dah ada kat Sabah.

Ye, Sabah pulak. Tak ingat sejak umur berapa, tapi membesar dengan milo bagaikan johan di Sabah, aku sempat menjadi kaum nomad di Sabah. Berpindah-randah la jugak. Banyak tempat aku duduk masa kat Sabah dulu, tapi yang aku betul-betul ingat ialah 3 bijik kampung je. Kampong Pengalat Kecil, Kampong Limputong, dan Kampong Buang Sayang, semuanya dalam Daerah Papar. Sekolah yang sempat aku masuk masa tu ada dua, S.K. Pengalat Kecil masa darjah 1, kemudian berpindah ke S.K. Buang Sayang untuk melanjutkan darjah 2.

Kemudian aku pun terbang kembali ke negeri asal mak ayah aku, Kelantan Darul Naim, Negeghi Cik Siti Nurhaliza Wan Kembang. Masa tu aku darjah 2. Kat Kelantan ni lah paling lama aku duduk. aku menghabiskan masa kanak-kanak yang masih bersisa kat Kelantan, di Kampung Baru Nelayan, daerah Tumpat.

Sekolah aku bila balik kampong tu ialah Sekolah Kebangsaan Tumpat. Aku tak tahulah budak-budak Tumpat tu yang tak terer atau aku ni yang diberi anugerah untuk jadi terer, sebab bila masuk sekolah tu je aku terus jadi top-student. Bahah~ Tiada apa perlu dibangga, cuma aku berjaya menamatkan zaman gersang 5A UPSR kat sekolah tu. Kat sini memang banyak kenangan, tapi takkan nak cerita kat sini semua kan? Nanti aku cerita lagi.

Kemudian aku meneruskan pengembaraan ke sebuah sekolah berasrama penuh, SMS Tengku Muhammad Faris Petra, kat Pengkalan Chepa, Kelantan. Terima kasih kepada result UPSR aku yang cantik senyum. Kat sini lagi banyak ceritera untuk dikenang dan dijadikan guru sebagai panduan hidup mendatang, tapi taknak lah cerita kat sini, sebab takut tak cukup muka lak nak tulis. Cukuplah sekadar aku takbur berbangga kerana berjaya mendapat 8A PMR dan 9A 1B dalam SPM.

Habis SPM, aku menganggur sekejap, kemudian merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja sementara menunggu result cemerlang SPM aku diumumkan. Eh, aku tak bagitau kan, masa aku duk Kelantan tu, aku tinggal dengan nenek aku. Mak ayah aku duk KL, bekerja la mencari berpuluh-ratus-ribu-juta suap nasi yang tak pernah cukup-cukup. So, bila aku naik KL, aku duduk la dengan parents aku, kat Setapak. (Sape awek Setapak? Jika anda cun, angkat tangan sengihnampakgigi)

Aku dapat keje kat 7-Eleven, tapi gaji 3 bulan aku lesap dalam masa sebulan je. Konon nak guna buat sambung belajar, last-last hilang macam tu jer. Aku check balik, ada 2 helai jeans je yang jadi peninggalan duit tu, lebih-lebih tu entah aku habiskan atas angin mana entah. Huh, tu la ko keje 7-E, jual arak lagi, kan tak berkat tu? Nak keje 7-E, pegi keje kat Kelantan, takde arak, kool kan?

Kemudian aku dapat masuk belajar kat Parti Islam Se-Malaysia Universiti Malaya - PAS UM. Haha ok nama betul ialah Pusat Asasi Sains UM a.k.a PASUM. Duduk sana setahun, lagi lah banyak benda baru aku jumpa, pun taknak cerita kat sini jugak. Ambil Sains Hayat, dan dengan hensemnya melangkah keluar dengan pointer 3.78.

Dan akhirnya aku sampai di sini. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan kat Universiti Malaya.

Hensem tak cerita aku? Ni kalau tunjuk kat budak-budak masa program motivasi ni, konfem jadi idola diorang lah! Sudah-lah hensem, pintar dan cemerlang pula tu. Calon menantu pilihan makcik-makcik ni. Euu~

Tapi itu adalah cerita di atas kertas. Cerita yang akan aku lakar dalam resume nak mintak kerja esok-esok. Hakikatnya aku manusia, ada jugak kisah hitam dan jahat dalam hidup aku. Korang ingat dah dapat masuk UM buat engineering tu dah berjaya ke? Tak ah, bagi aku cerita akademik ni tak sampai separuh pun daripada hidup aku. Aku punya banyak cerita, dan kerana cerita-cerita itu jugalah aku menulis.

Blog ini adalah ruang untuk aku berceritera, berkongsi dengan dunia. Tapi sebenarnya aku ingin meninggalkan catatan dalam hidup aku, taknak segala apa yang aku lalui hilang macam tu jer. Tapi aku tak minat tulis diari, sebab bosan. So, aku decide nak tulis open-diary, lagi best, biar satu dunia kenal aku. Sebab aku ni giler glamer. Hoho.

Eh panjangnya, dah ah takde gambar, mesti bosan korang baca kan? Ada ke orang baca ni, aku pun tak tahu, tapi kalau ada orang baca sampai sini, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Alang-alang dah baca ni, komen la sikit-sikit, biar aku tahu korang memang insan yang sabar mendengar labonan aku. Nanti aku berjanji baca labonan korang balik.

Sampai sini dulu, terpaksa pergi. Lapar. Nak makan.

Salam~

15 comments:

  1. haha nice story, academically sangat berjaya. aku baru tau kot ko pasum dulu, aisehman bukan nak bagitau kan. haha.

    ReplyDelete
  2. wowww! dahsyat ah.. pandai gila kau beb!! hehehe :) semoga terus berjaya ok! :D

    ReplyDelete
  3. hanya tinggal kenangan~
    tq 4 d wish btw.

    ReplyDelete
  4. ko tak penah tanya, takkan tetibe nak bgtaw lak?

    ReplyDelete
  5. mujur akak takde adik pompuan..wink.......;-)

    ReplyDelete
  6. huhu...cerita yg baek...wat karangan ni dpt A++...hohoho....

    ReplyDelete
  7. xleh gak sebab banyak pakai bahasa supermarket..kah kah kah..

    ReplyDelete
  8. ABU: Aku Budak UM, Aku Budak Unik. :)

    Mana buleh nak lupo ko mu, Abu. Mu kan superhero kat sekolah Faris dulu. Setakat nak terjun bangunan 3 tingkat tu gak, meme takdok masalah. :)

    ReplyDelete
  9. ABU = Aku Bukan Umno hak3....

    Pssst, citer terjun bangunan tu sat gegey sini, brigak! hoho

    ReplyDelete
  10. Hensem, pintar dan cemerlang pula. Calon menantu pilihan makcik-makcik. Pasanglah gambar kat sini, biar makcik-makcik boleh buat kejohanan rebutan menantu, sayapun siap jadi Referee nya *hahaha*

    ReplyDelete
  11. hahaha....kalau pasang gambar, nanti semua pembaca lari.

    saya gemuk. haha .tsk. :(

    ReplyDelete
  12. Jangan bingung atau kepala pening kerana gemuk, gemuk atau kurus, semua boleh hensem. kerana hensem kan relative, jadi jelas mereka lari semua kearah Abu Ubaidah, kerana mereka ingin peluk dan akan dijadikan menantu, jadi jangan berani tulis hensem, pintar, cemerlang dan juga menjadi calon menantu pilihan makcik-makcik saja, tapi harus juga berani pasang poster gambar yang besar kat sini. *hahaha*

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails