Wednesday, July 7, 2010

Aku Makin Ringan :)

Aku dah selitkan sebenarnya pasal ni kat post lepas. Tapi still nak highlight jugak kat sini. Hoho. Blog aku, lantak ah kan?

So, bagi sesiapa yang belum tahu, kerana anda masih belum baca entri ini (klik), maka aku nak bagitau sekali lagi bahawa aku sekarang sedang dalam proses mengecilkan saiz badan.

Dan cara yang aku guna bukanlah dengan menjadi pembeli JusMate 5 DDR Herba Prima Marketing yang hebat itu (aku jadi fan ye lam FB, banyak gila ayat mengaku hebat, LOL), tetapi hanyalah dengan cara mengamalkan diet atkins.

Diet atkins a.k.a low carbs diet. Aku mengurangkan pengambilan karbohidrat, so secara automatik badan akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar, seterusnya mengecilkan badan aku.

Hasilnya?

Lepas sebulan menjalani diet senang-giler-tak-lapar-langsung ini, semalam aku pergi KLCC dan terjumpa mesin penimbang. Usaha aku cari syiling nak guna mesin tu hoho.

From 80 kg, berat aku semalam dah jadi 74 kg. Woooooooooohoooooooo~

10 kg more untuk mencapai berat badan ideal. hush2~

Blog aku bukan blog pasal diet, so aku takkan kupas lanjut, aku akan direct-kan korang kepada blog yang memperkenalkan aku kepada diet ini.

Klik sini.

Sekian. :)

2 comments:

  1. Wow, 6 kgs in a month is alot. I'm currently 130kgs and still gaining :)

    ReplyDelete
  2. woohoo? u didnt' plan for reduce it? for the sake of your own health.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails