Thursday, July 15, 2010

Aku Akan Hilang Sehingga Esok, Tapi Jangan Lupa Event yang Kool Ini Okeh?

Hari ini hari Khamis, malam ini akan ada satu lagi event yang kool, iaitu siri-siri kuliah umum tentang AUKU yang akan diadakan di KLSCAH. Malam ini forum, menampilkan 3 aktivis budak U yang kaya pengalaman dalam perjuangan menuntut hak student.

image

Siri ketiga "AUKU Public Lecture Series" akan melihat kesan serta impak sebenar AUKU terhadap hak dan kebebasan mahasiswa dari sudut pandangan aktivis mahasiswa sendiri.

Pembicara:
1. SHAZNI MUNIR (Mahasiswa UM & Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM)
2. YAP HENG LUNG (Siswazah USM & Sekretariat Malaysian Youth and Students Democratic Movement, DEMA)
3. HILMAN IDHAM (Mahasiswa UKM & Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen, KAMI & salah seorang dari kes UKM4)

Moderator:
FAHMI REZA (Penyelidik sejarah gerakan mahasiswa)

Maklumat lanjut klik SINI.

Sila pergi ok. Lokasi KLSCAH terletak berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela.

imageDan sabtu ini pula di CHAI PJ (aku pon tak tau katner) akan berlangsung satu lagi kuliah umum berkaitan sejarah perjuangan mahasiswa UM tahun 60-an. Disampaikan oleh Fahmi Reza sendiri.

Maklumat lanjut dan untuk peta ke CHAI boleh klik SINI.

 

Malam ini aku akan pergi ke KLSCAH, dan lepas itu akan terus hilang. Ke mana? Hohohohoho. Rahsia. Esok aku timbul balik.

Sekarang aku ngantuk, nak tidor dulu.

Pastikan korang pegi tu wei. Korang kool kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails