Wednesday, July 21, 2010

UM yang Sakit

Semalam aku pergi lagi ke SKR, dan kali ini untuk bertanyakan bilakah agaknya aku boleh dapat surat rasmi untuk bergelar budak fakulti sains. Dia cakap, insya Allah sebelum habis minggu ini, dan dengan sokongan 2 dekan, kemungkinan besar untuk permohonan aku mendapat kebenaran TNC A, adalah hampir 80 %, dan dengan faktor luaran (rahsia), ia meningkat sehingga 90 %.

Akhirnya aku bertekad nak masuk terus ke kelas aku di Jabatan Fizik, Fakulti Sains. Aku pergi ke ofis jabatan, dan cuba bertanyakan, boleh tak aku nak masuk kelas, walaupun tiada surat rasmi lagi. Kakak kerani itu mencadangkan aku berjumpa penyelaras program, iaitu Dr. Chin.

Aku dah jumpa Dr. Chin, masa cuti hari tu. Dia memang sangat friendly, dan sangat senang membantu aku. So, lepas tu aku pergi ke bilik dia, knock-knock, tiada jawapan. Aku intai ikut lubang cermin kat pintu, memang tiada orang. Hurm.

Lepas tu aku merayau-rayau kat fak sains, dan ternampak satu banner pasal kuliah umum daripada sorang profesor bertaraf Nobel Laureate (Pemenang Hadiah Nobel Fizik), Profesor Albert Fert sedang berlangsung di DTC. Tajuk talk tu, The World of Spintronics: Electrons, Spins, Computers and Telephones. Masa tu pukul 10.30, program tu dah start lebih sejam. Aku bosan-bosan, terus pergi DTC.

Sampai-sampai sana, dah nak habis, sesi Q n A. Masuk je terus rasa bosan, pasal aku memang tak faham sepatah haram apa yang dia cakap, dengan slang English-Perancis yang sangat pekat, serta patah-patah teknikal yang memang bikin otak aku susah nak hadam. (untuk rekod: aku selalu tidur masa kuliah sejak dulu lagi)

Tapi lepas tu tiba-tiba aku nampak sorang yang aku kenal, turut berada dalam dewan tu. Berkopiah biru, berjubah biru. Oh, Profesor Fizik Dunia, aku senyum.

image

pakcik ni la. Aku panggil dia pakcik profesor. Kenal?

Cuma lepas tu aku nampak macam ada benda yang tak best jadi. Bila pakcik profesor tu bangun nak tanya soalan. Mula-mula ada sorang mamat berkot coklat, rambut disikat rapi menghampiri pakcik itu, dan berbicara sesuatu. Pakcik itu duduk kembali.

Profesor Albert menjawab soalan audiens lain.

Kemudian pakcik profesor itu bangun kembali, kali ini beliau dah terpacak kat depan mikrofon. Kat belakang dia ada lebih kurang 4 orang beratur lagi. Memang sah pakcik tu nak tanya soalan. Tapi entah kenapa, memang jelas kelihatan, para AJK Majlis hari tu memang nampak kelam-kelibut.

Mamat berkot coklat yang sama tadi pergi ke belakang barisan pakcik itu beratur, dan kemudian menarik sorang audiens yang sedang beratur kat belakang sekali, dan membawa audiens itu kepada mikrofon yang satu lagi, yang berada di sayap kanan dewan. Sorang lagi AJK naik ke atas pentas, berbicara sesuatu dengan MC hari itu.

Then Dr. Albert dah habis menjawab soalan, tiba masa menerima soalan baru, dan kuasa memilih penonton untuk dipilih bertanya soalan terletak kat tangan MC. MC point jari dia kepada mikrofon di sayap kanan dewan, dan berkata, (dalam English),

“Ok, ini soalan terakhir. Saya nampak lelaki kat sana tu dah berdiri lama dah. Silakan.”

Aku hanya mampu melihat, WTF? Serius. Hati aku panas. Sesuatu yang sakit sedang terjadi di depan mata aku. Aku tak tahu, UM yang sakit, atau para AJK itu yang sakit. Kenapa mereka tak bagi pakcik profesor tu bertanya soalan? Bahkan bersungguh-sungguh pula tu berusaha nak potong. Aku tak tau audiens lain nampak ke tak, tapi itu apa yang aku nampak.

Masa tu aku memang tak boleh duduk dalam tu dah. Aku bangun, nak blah. Tapi program masih berjalan, aku optimis, mungkin pakcik itu akan ada peluang untuk bertanya soalan. Aku duduk balik. Pakcik tu masih berdiri, dia seorang tinggal beratur, audiens lain yang beratur panjang tadi dah duduk kembali, mungkin sebab MC cakap soalan terakhir.

Dan bila Dr. Albert setel menjawab soalan last itu, pakcik itu masih berdiri depan mik, nak tanya soalan. Dia angkat tangan minta permisi MC, tapi MC tak bagi.

“Profesor Albert banyak program lagi nak pegi”  – *mencarut*, bukan ko yang nak jawab soalan. Aku tengok Dr. Albert kat tepi MC tu sengih-sengih jek.

Audiens pun ada juga yang menjerit-jerit anak , ONE MORE! ONE MORE! Macam konsert lak. Tapi akhirnya, program ditutup.

Dan aku terus mencarut-carut dalam hati. Serius. Mengutuk apa yang terjadi di depan mata aku. Aku tengok kat belakang, mamat berkot coklat ada berdiri tersengih-sengih.

Aku pun grab dia, tanya, “Wei celaka, ape korang buat ni?” – tapi hanya dalam minda. Aku tak boleh tahan, lalu aku blah.

Walaupun aku tahu aku tak faham apa yang profesor tu bicara, tapi apa yang berlaku itu memang benar-benar TAHIK!

Ini bukan budaya universiti. Ini satu penghinaan kepada seluruh institusi universiti. Di manakah nilai kebebasan akademik? Ini juga penghinaan bertaraf antarabangsa kepada seorang profesor bertaraf nobel. Jika dia benar-benar hebat bertaraf nobel, apa kamu nak takut bagi menjawab soalan seorang pakcik profesor yang nampak macam orang gila?

Tapi aku yakin Dr. Albert tak tahu apa-apa, semua salah aku letakkan kepada para AJK program. Kamu memang bagus, AJK yang hebat, dah ada kredit terlibat dalam program akademik bertaraf antarabangsa, nanti bolehlah gantung kat dinding name-tag tu ye. Letak bunga, hari-hari sembah.

Pasal pakcik tu, aku tak tahu dia genius atau gila, tapi aku dah pernah beberapa kali bicara dengan dia, di Pekan Buku, makan sama-sama di kedai AMJAL, semua benda dia bicara memang aku tak faham. Hahaha. Gaya dia memang seperti orang gila, berjalan ke sana ke mari dengan melekatkan tag bersaiz A4 kat dada, “SAYA PROFESOR FIZIK DUNIA” dan “I’M SMARTER THAN EINSTEIN”, tapi benarkah dia gila, atau itu adalah idea gila-gila dia?

Aku pernah bicara soal itu dengan dia. Itu adalah provokasi. Provokasi kepada siapa sahaja. Dia kata, kalau orang tak percaya dia profesor fizik, atau tak percaya dia lebih bijak dari Einstein, sila cabar dia. Dia akan buktikan.

Katanya lagi, jika perbuatan itu dia lakukan di luar Malaysia, responnya pasti berlainan. Bukan dituduh gila, sebaliknya orang akan cuba bertanya apa sebenarnya dia cuba sampaikan. Lepas dengar hujah dia, barulah hukum dia gila atau tidak.

Ah, sudahlah!

Kamu orang sakit, dan kamu akan terus sakit. Nanti aku akan bagi ubat dekat kamu.

Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------------

p/s: aku dah boleh masuk kelas di Jabatan Fizik, segala jadual aku sem ni dah berubah, yang aku post semalam tu dah tak valid. Terima kasih teramat kepada Dr. Chin. U are the best lecturer I’ve ever met!

p/p/s: aku pernah cerita pasal pakcik profesor kat blog lama aku. Klik SINI dan SINI

3 comments:

  1. tak pernah pun dengar pasal pakcik ni.tapi kalau saya ada peluang,mesti nak jumpa dia.from ur story,he is an interesting person.tapi sayang,dia tidak diberi peluang untuk bertanya..mana dia perkongsian ilmu,galakkan bertanya,yang dilaung-laungkan universiti? huuu

    ReplyDelete
  2. kalo kamu datang KL, dan suka merayau-rayau naik LRT Putra, memang selalu jumpa dia. Hari Jumaat biasa dia akan bagi "Street lecture" dekat mana-mana masjid, setakat ni yang aku taw, kat Masjid Jamek dan Masjid kat Pusat Sains Negara. Kat UM pun selalu gak jumpa dia. Kalo jumpa, ajak je sembang, mesti akan kagum walopun tak faham, sebab kamu dapat rasa apa yang dia cakap tu bukan merapu meraban.

    ReplyDelete
  3. pakcik prof nih serius best.dlu amek part time promoter kat sogo..break je aku tros blah kuar g kfc kat sblah sogo tuh dgr talk pakcik prof nih.memang ade ar bende dye gantung kt badan dye tuh “I’M SMARTER THAN EINSTEIN”.agak menarik bagi owg cam gua ar..byk kali 'lcture' dye ajo pkai otak kanan..mmg best dgn cara pnyampaian yg lwk2 skit n care dye ajo tuh laen dari yg kte dpt kt skolah..pnuh imaginasi n fantasi..ahhaha..BEST!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails