Wednesday, July 7, 2010

Jangan Buli Budak

like father brother like son brother

Aku selalu buli Aman. Antara feveret aku ialah dengan memanggil Aman si Busyuk Pendek Kepala Botak etc2. Alah biasa la kan, "Aku kan abang~"


"Aman, Aman nak tau tak?"
Aman angguk-angguk.
"Aman kan......Aman kan......"
"Aaaaaaaaaaaaaaa......................................?????????" Aman nganga sambil gagap-gagap.
"Bucuk!"
"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~", tak puas hati.
"Aaa....Aaa...Aman ayumlah!" beliau cuba mempertahankan maruah.
"Tak, Aman bucuk sebab tak mandi lagi, tak caye tanya mak"

Lalu aku menggunakan skil pembuli tahap tertinggi, mendapatkan pengiktirafan daripada mak. Hoho.

"Mak, Aman bucuk kan?"

Dan mak aku selalunya sporting~

"A ah la, Aman bucuk laaa~"

Dan seperti kaca terhempas ke batu, mungkin begitulah remuk redam hati si kecil kepala botak itu pada saat itu, lalu beliau pun tak cover macho dah, pegi nangis sambil "tumbuk-tumbuk manja" mak aku.

"Ala, mak guyau je lah. Aman wangi. Abang Abu tu memang!" Mak aku memujuk sambil menunjukkan gaya memukul aku dari jarak jauh, dan aku akan berpura-pura mengaduh sakit, padahal gelak tak habes-habes. Selalunya lepas tu diam la si budak tu.

^_^

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan seperti pernah aku cakap, Aman ni gangster. Dia suka gaduh dengan orang, dengan mak aku pun dia lawan. Adeh, mentang-mentang ko bongsu kan?

Antara aktiviti rutin kegemaran dia untuk gadoh ialah masa kencing. Dia dah pandai kencing lam tampoi. Tapi dia ada satu tabiat buruk, malas nak cuci sendiri, padahal dah terer pun.

Selalu lepas kencing dia akan panggil mak aku.

"MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKK!!!!! Aman da e-ching!"
"Ala Aman ni. Aman dah pandai kan? Cuci sendiri la.." Mak aku saje tak nak layan, nanti berlemak budak tu.

Si kecil mula tensen -.-"

"MAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!"

Mak aih panjang giler tarik~last-last mak aku pun surrender. Pegi la jugak cuci kencing si kecil. Tapi si Aman masih berdendam rupanye, masih tak puas hati.

"Nyape mak abat?" ("Nape mak lambat" ye kalo tak faham)
"Alah, Aman kan pandai. Orang pandai boleh buat sendiri kan?"

Si kecil bertambah panash, lalu mengeluarkan kata-kata yang macam aku kenal jek.

"MAK BUCUK TAIK!"

Errrrrrkkkkk~aku yang mendengar dari dalam bilik terasa dosa seketul jatuh atas aku. Aiseyh~
Sekian.


moral: korang tak faham kah? pikirla sendiri



p/s: Aku ajar dia "busuk" je, serius tak pernah lebih dari itu, mane dia belaja "Busuk taik" tu ha?
p/p/s: lepas ni aku nak puji dia wangi kaw-kaw lah!

2 comments:

Related Posts with Thumbnails