Wednesday, July 14, 2010

Panduan Berpolitik di UM

(Nota: entri ini ditujukan kepada budak UM baru dan lama, yang baru-baru nak kenal politik UM, ataupun yang dah memang berkecimpung dalam politik UM. Ataupun korang kat luar UM yang nak tahu cerita kat UM yang tak keluar paper. Aku tulis berdasarkan pengalaman aku semata-mata, takdak buat research pape pon, hanya impresi dan persepsi aku. So, kalo ada silap dan salah fakta, harap maaf, tapi sekurang-kurangnya korang tau ape pandangan aku terhadap korang, dan mungkin aku berjaya mencipta persepsi untuk korang? Bukankah politik itu mainan impresi dan persepsi?)

umlogo

Salam semua. Cerita yang aku nak bukak hari ini ialah berkaitan UM. Cerita yang korang memang takkan dapat baca kat paper punya, kecuali amat sedikit. Entahlah, aku pun tak tahu nape diorang taknak highlight pasal corak masa depan politik negara ni. Apa nak takut entah.

Sebelum ni, kalo orang berkisah tentang U, mesti apa yang terpikir kat pikiran korang adalah sebuah tempat untuk budak belajar dan dapat ijazah semata-mata. Aku pun dulu macam tu lah jugak. Aku dulu pun ingat U ni sebuah tempat yang takde beza dari sekolah, cuma mungkin advance sikitpun sebab ko dah tak pakai uniform, bebas sikit-sikit, takde orang nak peduli dah pasal fesyen rambut atau baju engko, boleh pakai keta motor, dan boleh kahwin (hoho).

Tapi bila aku masuk sendiri UM, dah lebih kurang 3 tahun, dan sekarang jadi freshie balik, baru aku nampak sendiri apa sebenarnya yang ada kat UM. So, kalo orang lain member-member aku dari luar yang tanya, UM best ke? Selalu jawapan aku, politik student dia kuat!

Korang yang mempunyai pandangan skeptik macam - “Eh pedehal ko nak politik-politik ni weyh? Kan masuk U nak belajar?” – meh aku nak bagitau. Politik student merupakan satu tradisi di UM. Kalo korang baca sejarah UM, memang korang takkan lari lah daripada membaca gerakan budak UM yang terlibat dengan politik. Kecuali buku tu dikeluarkan oleh pembikin dan penulis buku skema atau kaki ampu.

Ada sesetengah orang malu bila UM keluar cerita kat paper sebab budak-budak dia buat demonstrasi, kena tangkap polis dan sebagainya.

Tapi bagi aku, itu sesuatu yang harus dibanggakan. Bukan kena tangkap polis sebab rogol perempuan, kalo itu akupun terasa besar kemaluan, tapi mereka kena tangkap polis sebab memberi respon terhadap sesuatu isu. At least nampak la budak-budak UM ni takde la kayu sangat, tahu pegi kuliah study makan tido main exam je.

Respon diorang terhadap isu-isu yang berlaku kat negara ataupun internasional, atau pun isu dalaman U sendiri, menunjukkan budak U ni berprinsip, dan mereka berpegang kepada prinsip mereka. Walaupun aku tahu, kebanyakan mereka itu hanyalah poseur dan tahu ikut-ikut semata, tapi poseur untuk menjadi aktivis masyarakat tetap lebih baik daripada poseur untuk menjadi seperti bintang AF, bukan? Ke apa korang rasa? (Tapi aku rasa masalah aktivis poseur ni memang kritikal ah, korang kena bendung ni)

Dan suatu ketika dahulu, gerakan budak UM ni memang mendapat pujian dan galakan daripada kerajaan. Cuma mungkin apabila timbul generasi baru kerajaan, mereka telah berevolusi menjadi KERA-jaan yang merasakan mereka mampu hidup selama-lamanya dan tidak membenarkan budak U sekarang mengasah bakat mereka untuk menjadi pemimpin masa depan.

Sekadar sedikit sumber rujukan untuk membuktikan aku tidaklah beromong kosong semata,

“Kesadaran yang ditunjukkan oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Malaya itu telah juga mulai mendapat perhatian dan minat pemimpin-pemimpin nasional.

Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, dalam satu perutusannya kepada projek “Minggu Kebajikan” (1960) menyebut bahwa pelajar-pelajar Melayu tidak lagi berada di atas menara gading dan dalam pengasingan dari masyarakatnya. Tun juga dalam perutusannya dalam Buku Cenderamata “Minggu Kebajikan” itu seterusnya menekankan: “Sebagai bakal pemimpin mereka (mahasiswa) mestilah menggabungkan pelajaran akademi dengan fahaman praktis terhadap kedudukan masyarakat dan negara di mana mereka terlibat.”

Tengku Perdana Menteri pula dalam perutusannya seterusnya menegaskan bahwa mahasiswa-mahasiswa perlu mengadakan hubungan rapat dengan masyarakat.

Seruan-seruan ini menampakkan kepercayaan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin negara terhadap kemampuan pelajar dalam emaminkan peranan dalam masyarakat. Dari segi yang lain, seruan-seruan ini menampakkan perasaan tidak puas hati terhadap aktiviti-aktiviti mahasiswa yang belum memuaskan, karena mereka dianggap mempunyai kebolehan untuk memainkan peranan yang lebih besar.”

- petikan buku MAHASISWA MENGGUGAT : MUHAMMAD ABU BAKAR, m.s.41.

Maka, tidak salahlah aku rasa sekiranya tradisi ini diteruskan, dan disebar-sebarkan.

Ok, tamat mukadimah. Peh panjang siut mukadimah kan? Haha.

Seterusnya pergi kepada objektif aku menulis kali ini. Aku sebenarnya nak memperkenalkan korang terhadap nama-nama yang memainkan peranan besar dalam politik kampus UM untuk era ini. Dan sedikit komen aku terhadap mereka la. Tapi sekali lagi aku nak bagitau, komen-komen aku ini bukanlah kritikan berdasarkan kajian intelek, hanya pandangan peribadi aku semata-mata. So, kalo korang nak bantah, silakan. Hoho.

Okeh, jangan buang masa, kita mulakan terus.

1. Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)

image

PMIUM bagi aku merupakan nama yang paling sinonim dengan kekecohan dan segala insiden bikin panas di UM. Aku sendiri merupakan seorang ahli PMIUM, dan pernah juga berkhidmat secara langsung untuk mereka dalam banyak perkara. (Aku kena AUKU hari tu ko ingat jasa sape? Hahah)

PMI ni sebenarnya persatuan yang berdaftar bawah HEP, sama macam persatuan-persatuan lain, tapi tak seperti yang lain, mereka gemar menganjurkan aktiviti “ko-kurikulum” yang sering bercanggahan dengan angin HEP.

Setakat demonstrasi kat masjid Ar-Rahman atau surau Akademi Pengajian Islam lepas sembahyang Jumaat tu, benda kecik je. Belum dikira lagi demo-demo kat luar UM. Dan masa pilihanraya kampus, antara golongan yang paling aktif ialah diorang ni lah, ahli-ahli PMIUM.

Tapi diorang pun banyak gak buat kerja-kerja halal (halal HEP ok), macam program-program ceramah, kuliah umum, bukak gerai masa FESKUM, camping, etc-etc-etc banyak lagi lah nak sebut. Ahah ada satu lagi, usrah. (heehee) Tapi sekarang entah, aku tak rasa dah kerancakan usrah itu. (haha padahal aku pun kena buat usrah gak dulu, tapi aku? LOL)

Pandangan politik diorang? Ok secara bertulisnya mereka mengaku mereka membawa idea-idea Islam, dan ingin menjadikan kampus UM sebagai sebuah kampus dengan bi’ah solehah (budaya baik-baik mengikut Islam). Namun seringkali jugak gerakan dan idea mereka selari dengan Pakatan Rakyat, sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai PAS.

Betulkah diorang ni PAS? Bagi aku, takdak masalah pun kalau betul diorang ni PAS, bukan? Itu adalah hak asasi untuk rakyat Malaysia. Kan ramai budak U yang berumur 21 ke atas, layak  mengundi, tapi kenapa bila baca AUKU, dia cakap budak U tak boleh menunjukkan sokongan ke atas mana-mana parti politik. Banganglah Kelakarlah sape yang buat law tu.

Lagi satu, PMIUM ni tak berminat untuk berbincang tentang soal-soal perselisihan pendapat macam wahabi, salafi, ahli sunnah wal jamaah etc etc etc. Tapi aku tak pasti la mereka taknak bincang hal-hal begitu sebab mereka mengamalkan prinsip “ambil jalan tengah” ataupun memang takde golongan intelek dalam kelompok dorang yang boleh bincang benda ni. (hoho chill ok)

Sebaliknya mereka lebih suka untuk berkisah atau berdebat dalam isu-isu politik dan sosial semasa macam. Contohnya tahun lepas mereka memang bikin panas masa isu kerajaan PR kat Perak kena rampas dengan BN. Sampai presiden masa tu, Syazni Munir kena lari sembunyi selama beberapa lama sebab kena kejar polis. Hak3. Kadang-kadang isu antarabangsa seperti Selatan Thai dan isu Palestin. Yang kes Selatan Thai tu pun polis tangkap, ape da.

Dan sekali lagi aku cakap, memang selalu lah idea diorang ni asyik nak sama je dengan Pakatan Rakyat.

Tapi seperti yang aku cakap, mereka tak kisah pun orang nak label diorang apa, asalkan idea mereka tercapai, iaitu menegakkan Islam(ataupun menang Pilihan raya? hoho) di kampus, dan salah satu perjuangan utama mereka tiap-tiap tahun ialah melalui penyertaan dalam pilihanraya kampus.

Cuma PMI sesi kali ni aku rasa akan ada kelainan sikit sebab pertama kali presiden dorang merupakan bukan budak Akademi Pengajian Islam (API). Dah bukan API tu, mungkin sejuk sikit kot.

Apa-apa pun, aku ramai kawan PMI, dan memang ramai yang kool dan berbakat jadi pemimpin. Joinlah PMIUM untuk hidup kat U yang mencabar. Yeah!

kenali PMIUM lebih dekat? Layari

website PMIUM

Facebook PMIUM

 

2.PRO-MAHASISWA (Pro-M)

image

Anda ingat oranje? Kalau kat luar mungkin korang akan kata itu kaler Belanda, tapi dalam UM, itu kaler rasmi Pro-M.

Pro-M adalah kelompok yang muncul apabila menjelang waktu pilihanraya. Bahasa mudahnya diorang ni adalah parti politik budak U la. Dan kalo korang perati, kebanyakan penggerak utama Pro-M ini ialah ahli-ahli PMIUM. Kalo ada pape event je anjuran Pro-M dan PMIUM, maka korang akan lihat muka yang same je. Walupun dorang mungkin menafikan, tapi itulah yang terjadi.

So, apa kaitan?

PMIUM bukanlah Pro-M, tapi Pro-M merupakan satu platform untuk PMIUM masuk ke dalam arena pilihan raya kampus. Pro-M ni merupakan gabungan PMIUM, UMANY, dan beberapa persatuan lagi. Matlamat utama diorang, menang pilihanraya. Dan mereka mendakwa bahawa mereka membela nasib-nasib student.

Dan sepertimana PMIUM, Pro-M juga dilabel sebagai parti yang mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat kat luar sana.

Camner nak join Pro-M? Err…join PMI kot. Hahah!

(sekarang aku raser Pro-M dan PMI ni adalah pati-parti yang dipenuhi poseurs, orang-orang yang hanya tahu ikut-ikut tanpa faham apa isu yang korang fight sebenarnya. Korang memang kool dengan spirit korang tu, tapi lagi kool kalo tak poseurs Ok? Lagi satu, korang ni parti “politik kuasa” ke “politik nilai”? Cuba jawab)

link:

 website Pro-M

Facebook Pro-M

3. PENGGERAK MAHASISWA (GERAK)

image

So, dah ada Pro-M, mesti ada parti lawan kan? Inilah dia. Penggerak Mahasiswa (GERAK).

GERAK ni asalnya bernama Aspirasi, namun telah di-rebranding menjadi GERAK. Kaler pon jadi kuning. Walopun diorang taknak ngaku dorang ni Aspirasi, tapi aku tetap anggap dorang ni sama, pasal muka-muka yang join GERAK ngan Aspirasi dulu sama je.

GERAK ni pusat gerakan mereka adalah di setiap kolej-kolej kediaman. Biasanya ahli majlis tertinggi kolej cam presiden, JIK JTK semua tu adalah PM, bukan Pembantu Mahasiswa, tapi Penggerak Mahasiswa.

Apa politik mereka?

Politik mereka yang dorang laung-laungkan adalah lebih kurang la macam Pro-M, nak bela nasib budak U. Tapi biasa jadi kan, action speak louder than words.

Berdasarkan pengamatan aku, politik GERAK ni lebih kepada politik yang pro kepada pihak pentadbiran. Segala apa yang admin cakap, itu yang mereka turutkan. Dan balasannya, GERAK adalah parti student yang mendapat naungan sokongan belaian pihak pentadbiran sama ada di peringkat HEP ataupun kolej.

Diorang tak ngaku, tapi weh aku boleh tengok sendirilah time pilihanraya. Cammaner berat sebelah dan pilih kasihnya layanan dari admin terhadap dedua parti ini. (peh aku taknak emo tapi ter-emo lak)

Dan jika Pro-M dilabel pembangkang, lawan nya ini sudah pastilah mendapat jolokan Kerajaan, BN, UMNO dan yang sewaktu dengannya.

link:

website GERAK

FB GERAK

 

4. Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM)

image

Ini merupakan kemuncak tertinggi dalam perjuangan politik budak UM. MPMUM adalah hadiah kepada sape yang menang PRK. Kiranye macam kerajaan budak U la. Kuasa sebenar MPMUM jika dibaca catatan sejarah UM adalah amat besar, dan mampu menggegar negara.

Tapi dalam era ini, kuasa MPMUM jika dilihat tak lebih daripada macam badan pengawas kat sekolah dulu. Ok mungkin lebih sikit, manade budak sekolah organise event besar-besar macam FESKUM kan?

Mungkin begantung kepada siapa yang dapat jawatan tu kot. Entahlah. Ataupun disebabkan polisi pihak atasan yang menganggap MPMUM ni tak lebih daripada Badan Pengawas sekolah.

Tapi aku pun merasakan kalo aku dapat pegang jawatan tuh, mungkin aku jugak takdelah dapat buat MPM tu jadi gempak kot, pasal susah nak cari sapot kalo nak gegar dalam bab-bab “serius” ni. Budak-budak sekarang lebih suka kalo join program-program ala-ala realiti TV je kot, yang menjanjikan populariti murahan dan mungkin sedikit sen barangkali.

Weyh jadi serius pun boleh jadi kool hape, kalo ko pandai. Kalo ko serius ala-ala orang tua sekarang, memang ar tak kool, so ciptalah satu budaya politik baru, politik anak muda yang kool dan enjoy. Yeah!

link:

website MPMUM 09/10

FB MPMUM 09/10

FB YDP MPMUM 09/10

 

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hurm ,tu jer kot nama-nama yang dominan kalo sebut politik kampus UM. Sebenarnya ada lagi, macam Komuniti Mahasiswa Kerinchi – tapi dorang ni Pro-M gak haha – UMANY – Wakil Chinese untuk Pro-M, tapi aku tak berani nak komen sebab aku tak pernah join u all, tapi masa aku kena AUKU tu depa lah yang jadi lawyer aku ^ ^ – SPKUM (Sekretariat Presiden Kolej Kediaman) – ni abang GERAK – dan macam – macam lagi ah.

Cuma aku tak raser itu kewajipan aku untuk tulis semua kan? Nak tau lebih, explore sendiri. U ini korang yang punya! Yeah!

So, di akhir kalam, aku tinggalkan korang dengan media-media yang korang boleh rujuk untuk berita dalaman kampus. Layan.

Mahasiswakini

Um-Today

Pro-Student UM

(kalau sesiapa rasa ada lagi, boleh suggest kat komen tq)

 

p/s: maaflah kalo komen aku tu bias. Haha, sebab aku kan supporter PMI dan Pro-M, so mestilah aku kondem GERAK sket2. Tapi kutuk sket je kan? Tak puas hati, jawab ah balik.

p/p/s: nanti aku komen panjang-panjang satu-satu…

3 comments:

  1. salam..best..heheh..teruskan usaha anda..:)

    ReplyDelete
  2. wsalam. ape yang best? bile masa lak aku berusaha? hahahahaha

    ReplyDelete
  3. sederhana itu sebaiknye bro:)
    ingat...jangan sampai kite tidak nampak kebenaran dek mengejar kemenangan...:)
    peringatan untukku jua..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails