Sunday, July 4, 2010

“Terima Kasih Mak” “Bismillahirrahmanirrahim” “Minumlah”

DSC04566

Ini Aman (4 tahun). Adik bongsu aku. Dia gangster.

Bermula dengan kelahiran adik aku yang ke-5, Alim Ibrahim (dia dah makin sihat, Alhamdulillah~tq pada sesiapa yang memberi sokongan) pada tahun 2003, mak aku telah mendidik adik-adik aku dengan satu ungkapan wajib setiap kali nak minum susu. Dan ungkapan itu telah diamalkan sehingga zaman adik bongsu aku, Aman.

Unkapan itu berbunyi begini,

*bermula setiap kali Mak aku memberi botol susu kepada adik aku*

“Terima kasih, mak, Bismillahirrahmanirahim…” – sepatutnya diucapkan oleh baby

“Minumlah..” – diucapkan oleh mak atau sesiapa sahaja pembuat susu (termasuk aku :D)

Okey korang faham? Mak aku nak ajar adik-adik aku untuk berterima kasih sebab bagi susu, lepas tu baca bismillah bile nak minum. Ayat last tu kire after dah lepas terima kasih bismillah segala tu, baru boleh bagi permission tuk minum. Ada faham?

(Tak faham? Haih, sah lampi~)

Tapi disebabkan baby-baby tersebut tak mampu bertutur di peringkat awal kemanusiaan, maka mak aku akan pulun baca habis semua ungkapan tersebut, sehingga lama-kelamaan menjadi macam satu ayat wajib yang perlu dibaca setiap kali minum susu.

“Terima kasih mak, bismillahirrahmanirrahim, minumlah”

Mula-mula mak aku baca sekali harung dengan niat untuk mengajar, tapi bila si Aman ini semakin membesar dan tahu membebel sendiri, maka setiap kali dia dapat susu, dia akan baca

“Tima acih mak bismillahirrahmanirrahim minumlah” – dia pun pulun habis semua ayat itu.

-.-"

…………………………………………………………………………………………

Setelah beberapa ketika, si Aman sudah mula memahami akan macam mana ayat-ayat di atas berfungsi. So, sekarang, setiap kali dia dapat susu, dia akan cakap,

“Terima kasih mak, bismillahirrahmanirahim” - (note: aman cakap telo banyak, nanti aku tulis bahase sebenar dia korang tak faham lak)

Dan si pembuat susu, selalunya mak aku (kadang-kadang aku), perlu jawab, “minumlah”. Kemudian, minum ah, pe lagi?

^_^

…………………………………………………………………………………………...

Dan pagi tadi, mak aku memberikan susu dekat si Aman ni, dan Aman dengan semangat “baru bangun pagi” tambah “nak mintak puji” membara telah menyebutkan

“Tima acih mok, Bismillahirahmanirrahim” -

Malangnya mak aku sibuk, lepas bagi susu kat Aman, terus masuk dapur.

Ops, tanpa disangka kesilapan itu membuatkan sebutir hati kecil terluka dan kecewa.

“MAKKKKKK!!!!!!!”

“TIMA ACIH MAK!!!!! BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM!!!!

lepas tu Aman nangis. Aku yang baru keluar bilik nampak Aman nangis dan cuba menjadi abang mithali

“Nape ni~~?”

“Mak tak awab~~~~tsk tsk”

“Aaaa….Aaaaa….Aman da akap tima achieyh~” – Aman mule gagap. Uhuk comey~

LOL. Terpaksa la aku repot dengan mak aku, “Mak, ni tengok Aman ni, kesian ni tunggu mak jawab”

Dan mak aku terpaksa keluar ke depan sementara, bersemuka dengan Aman, dan mengungkapkan sepatah kata,

“Minumlah~~~~~”

Aman damai dunia.

Sekian.

-.-“

-------------------------------------------------------------------------------------------

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments:

Related Posts with Thumbnails